Monday, May 31, 2010

DEB perlu, dengan fokas lebih mengena sasar


Ekonomi negara menjulang sepanjang pelaksanaan DEB. Berdasarkan ini maka tanggapan kononnya DEB menyekat perkembangan ekonomi tidak timbul sama sekali.

Apa yang berlaku sekarang ekonomi kita menghadapi halangan dan pelbagai kesukaran disebabkan institusi-institusi awam yang tidak berfungsi secara berkesan,masalah kehakiman, rasuah, pendidikan, keselamatan, efisiensi penjawat awam, pengangkutan awam, dan lain-lain.

Kaji semula dan perbetulkan semua ini dan insya'allah  kita akan dapat melihat ekonomi berkembang semula tanpa perlu dikaitkan dengan DEB.

Tidak sangsi lagi DEB masih diperlukan, tetapi rentak dan tenaganya boleh dipertingkatkan. Apa yang dapat dilihat sekarang ini hanya segelintir, atau lebih tepat lagi mereka yang sememangnya sudah dan lebih spesifik lagi golongan dato-dato yang meraih keuntungan. Sasaran DEB perlu difokaskan supaya dapat membantu orang Melayu kebiasaan....



No comments: