Sunday, May 16, 2010

Anwar tersepit di Amerika



Rencana oleh Marco Vincenzino yang tersiar dalam laman web berita 24 jam The Daily Caller di bawah tajuk "The Art of Deceiving D.C." (Seni menipu D.C.) perlu dibaca sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut apa yang diperkatakan oleh Amerika Syarikat mengenai Anwar Ibrahim. Di bawah disiarkan terjemahan sebahagian daripada rencana tersebut...

----------------------------------------------------------------------------------

Menawan hati Washington adalah satu seni yang dipelajari sesetengah kelompok aktivis di serata dunia. Ia memerlukan daya tarikan, kecekapan bermain kata-kata, cerita yang mudah dipercayai, memahami tanggapan persepsi Amerika terhadap dunia, menguasai rentak Amerika dan kemahiran berkomunikasi dengan berkesan.

Setelah berjaya menambat hati Washington, mereka mula menapak lebih jauh memenuhi segala tuntutan politik Amerika Syarikat hinggakan sanggup membelakangi rakan sendiri jika keadaan memerlukan. Contoh utama ialah kes Ahmad Chalabi, tokoh berpengaruh dalam strategi pencerobohan tentera Amerika di Iraq pada 2003.

Chalabi berusaha mengumpul sumbangan ratusan juta dolar daripada rakyat Amerika untuk membiayai Kongress Kebangsaan Iraq yang dipimpinnya. Kini, sekembali ke negara tumpah darahnya (Iraq), tokoh politik yang licik itu membina imej baru sebagai penyokong puak Syiah dan sekutu Iran.Berikutan tindakan tersebut ramai di kalangan penyokong asalnya di Washington berasa tertipu.

Seorang lagi indvidu yang mempunyai sikap seperti sesumpah ini ialah Anwar Ibrahim. Dari 1993 hingga 1998, Anwar memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Setelah tewas dalam pergelutan kuasa dengan Perdana Menteri Mahathir Mohamad, Anwar dipecat dan dipenjarakan. Sepanjang hukuman penjara, Anwar menjadi simbol para pejuang hak asasi menusia.

Setelah dibebaskan pada 2004, Anwar pantas mengembara ke serata dunia, selain memegang jawatan di Bank Dunia dan menjadi pensyarah di Oxford University, John Hopkins University dan Georgetown University. Biografi rasminya pada sebuah laman web meletakkan dirinya sebagai di antara " perintis kebangkitan zaman pembaharuan semula Asia", "pejuang ulung kerjasama hebat di antara tamadun dunia" dan " suara berpengaruh dalam usaha merapatkan jurang perbezaan di antara Timur dan Barat.

Anwar kini telah kembali ke arena politik Malaysia untuk berkhidmat dan membantu parti pembangkang. Walaupun dasar luar Malaysia agak senada dengan dasar luar kerajaan Amerika dan dasar negara-negara barat lain, Anwar bagaimanapun memutuskan bahawa sentimen pro-Barat sebegini tidak mampu membantu agenda politik semasanya.

Dia mula menanam pengaruh melalui retorik konspirasi anti-Amerika yang berbaur anti-semitik (yahudi), terutama apabila kerajaan Malaysia melantik sebuah syarikat komunikasi dan perhubungan awam Amerika. Anwar menggunakan peluang tersebut untuk menghasut kononnya para perisik Israel secara terbuka terbabit dalam kerajaan Malaysia.

Dia mendakwa pertemuan di antara Obama dengan DS Najib baru-baru ini diatur oleh syarikat yang dikatakan mempunyai kaitan berpengaruh dengan rejim Israel itu, justeru menyebabkan Malaysia terpaksa tunduk kepada Amerika Syarikat. Kenyataan sebegini tentu sekali memeranjatkan para penyokong Anwar di Barat, termasuk bekas Naib Presiden Al Gore.

Berikutan itu timbul pelbagai persoalan, termasuk kononnya apa yang diucapkan oleh Anwar telah diputar belitkan, atau mungkin juga kenyataannya itu benar dan terang. Retoriknya dianggap satu contoh oportunisme (sikap mengambil kesempatan). Walaupun oportunisme tidak dapat dipisahkan daripada politik, ia tidaklah boleh keterlaluan, terutama apabila ia berbentuk tuduhan melulu berbaur perkauman.

Bagaimana ini boleh berlaku kepada Anwar? Apa yang menyebabkan dia berukar daripada seorang reformis kepada seorang yang hina leta? Yang nyata kemungkinan besar selama ini dia sememangnya berpegang kepada pendirian tersebut, dan sejak bertahun mengatur mesejnya dengan rapi supaya mudah diterima kumpulan-kumpulan sasaran - mesej berbeza untuk kumpulan berbeza demi kepentingan agendanya.

Tidak menghairankan kerana selama 5 tahun sebagai DPM, dia terkenal dengan pendirian anti-Barat dan anti-semitik. Kedua-dua elemen ini sepatutnya menyedarkan para penyokongnya di Amerika selain menimbulkan persoalan mengenai apa ideologi yang dipegangnya. Sememangnya Washington kadangkala bukanlah pintar sangat, lantaran mudah terpengaruh dengan kata-kata manis si Anwar ini hinggakan sengaja memaafkan beberapa aspek perangai buruknya.

Mengambil iktibar drpd apa yang berlaku, di masa-masa akan datang keraajaan Amerika perlu lebih berhati-hati apabila menyokong aktivis asing, terutama mereka yang pandai berkata-kata untuk menambat hati Washington. Kecenderungan Amerika mengagungkan individu-individu asing yang kononnya menjadi mangsa sistem kerajaan negara "tidak demokratik" perlu dihadkan. Washington perlu menyiasat latar belakang seseorang itu dengan lebih mendalam sebelum mengambil sebarang tindakan. Ini penting kerana di masa-masa akan datang akan muncul lebih ramai Anwar dan Chalabi.

No comments: