Monday, April 12, 2010

Rakyat TIDAK diutamakan di Putrajaya!



Aah, Putrajaya - persada pentadbiran dan nadi seranta negara...

Di mana silap dan ke arah mana hala tujunya dalam konteks kepentingan rakyat?

Tidak, saya tidak mempersoalkan usaha agresif untuk melaksanakan slogan dan konsep 1Malaysia dan saya juga bukannya hendak menuding jari dan mengupil serta menyerlahkan kesilapan orang kerajaan walaupun sekecil haba. Saya akur kita manusia tidak sempurna, tetapi usaha dan kudrat boleh membantu menggerakkan kita hampir kepada kesempurnaan.

Apa yang ingin saya ketengahkan ialah kekurangan ruang meletak kenderaan di Putrajaya hingga menyebabkan limpahan saman lalu lintas yang seolah-olah mempersendakan konsep dan slogan 1Malaysia di mana RAKYAT DIUTAMAKAN.

Jelas dalam konteks Putrajaya terutamanya, slogan tersebut sekadar retorik kosong yang amat di cemuh dan dibenci rakyat, walhal wujudnya Putrajaya bagi memberi perkhidmatan untuk rakyat yang mengundi meletakkan pihak terbaik di persada pemerintahan. Bagaimana pun lain ceritanya apabila kita melihat masalah kekurangan ruang meletak kenderaan.

Melihat keadaan yang berlaku, timbul persoalan untuk siapa Putrajaya diwujudkan? Untuk pentadbir atau untuk rakyat yang saban hari ke sana untuk berurusan sebagai rakyat yang akur kepada kedaulatan undang-undang?

Bila lagi kita akan menyaksikan usaha serius oleh orang atas di Putrajaya untuk melaksanakan falsafah di sebalik 1Malaysia? Apa gunanya NKRA jika kepincangan seperti ini begitu menonjol dan ketara?

Apakah Koh Tsu Koon dan Idris Jala buta mata, hati dan perut hinggakan perkara sepenting ini pun tidak dapat ditangani segera?

Apakah ini bukti kerajaan pimpinan BN begitu berpuas hati   dengan apa yang dilihat di dalam keselesaan pejabat semata-mata?

2 comments:

Anonymous said...

hah!
mcm ni baru betul pergi ke percint 2 kat jabatan imigresen. dah la parking jauh dari office, parking bawah office Jabatan Imigresen hanya utk pekerja sahaja.
Kekadang rakyat asing dan OKU datang, terpaksa jalan lebih dari 400 meter panas terik kat situ.
tak termasuk pulak teksi punya parking macam jabatan imigresen dia punya!
Lepas tu siap ketua pengarah dan SUK keluar arahan supaya hanya pekerja imigresen boleh park kat bawah. yg lain kat luar.
ada suatu memo dari SUK bertanya kenapa byk kereta park merata rata.
tp jawab ketua pengarah? TAK TAHU nanti kene tanya org putrajaya.
itu la yg dikatakan buta punya ketua pengarah!
imigresen punya pekerje, bukan sahaja sombong, tp bodoh sombong.
aku pelik la, satu tahun untung (bukan dari budget kerajaa) lebih RM100juta hasil visa dan paspot, tp pegi la mana mana cawangan imigresen atau putrajaya. Macam kedai mamak! berterabur. Rakyat di dahulu kan? TIDAK LANGSUNG!!

Anonymous said...

SETUJU ... Datang nak meeting bagi buah fikiran pun kena saman ... tak minta imbuhan meeting pun ..

KP - KP dan Putrajaya Holding, janganlah butakan mata atas hal ini ....