Monday, April 12, 2010

Pemikiran opportunis RPK apabila mendabik dada kononnya wira Bugis! Tolonglah...



RPK dalam post terbaru dalam Msia Today berkata jika kita menganggap seorang Bugis (DYMM Sultan Selangor di antara yang mempunyai kaitan)orang Melayu, maka nantikanlah padahnya apabila sebilah keris menusuk perut.

Menurut RPK yang mendabik dada sebagai pakar dunia Melayu yang 'plastik', orang Bugis adalah orang Bugis dan megah dengan bangsa mereka. Dia menyamakan dengan keadaan di mana apabila seorang Welsh seperti dirinya diertikan sebagai seorang Inggeris, lantaran dia akan segera menghantar orang yang membuat kenyataan itu ke alam barzah.

Apakah yang dimaksudkan dengan kenyataan pincang RPK itu? Bahawa orang Bugis bukan Melayu, dan dia yang lebih 50% orang Welsh seorang Bugis?

Kesan berikutan apa yang dikatakannya itu boleh menimbulkan persoalan dan kontroversi bahawa Sultan Selangor bukan orang Melayu ...sama seperti mengangap Sultan Johor orang Inggeris dan sebagainya.

Apa yang dikatakannya itu? Pastinya fitnah dan derhaka...tetapi memandangkan dia kini bersembunyi disebalik gagasan bangsa Brythonic Welsh yang berserumpun di bawah gagasan 'bangsa' British, maka kita berasa hairan mengapa dia tidak lari bersembunyi di kalangan bangsa Bugis di rantau ini? Mengapa menyorok di sebalik kain British di London?

RPK pejuang nasionalis pincang yang keliru. Apabila cuba membela diri, dia sanggup mengupas terperinci salasilah untuk mengiyakan keturunannya, tetapi realitinya dia bukan hidup seperti orang Melayu/Bugis atau berfikir seperti orang Melayu/Bugis!

No comments: