Thursday, April 15, 2010

Nak percaya dia lagi?




Siapa yang lupa pada janji Anwar untuk "merampas" Putrajaya pada 16 sept 2008. Siapa pula yang sudah lupa dengan kisah Anwar bersama barisan 30 ahli parlimen katak-kataknya.

Semua dongeng-dongeng ini bakal tersemat didalam lipatan sejarah politik Malaysia dan bakal diperturunkan kepada anak cucu kita pada masa depan. Mungkin ketika itu Anwar akan dinobatkan penglipurlara terbaik setaraf dengan nama Awang Batil dan juga Pak Ku Shadat di ketika ini. 
Ada perumpamaan Inggeris yang mengatakan bahawa "seorang penipu hanya akan melihat orang lain sebagai penipu sepertinya juga". Itulah yang amat bertepatan dengan keperibadian Anwar Ibrahim.

Berucap ketika memberi ucaptama di Konvensyen PKR Negeri Pulau Pinang di Dewan Tunku, Komplek Tun Abdul Razak (KOMTAR) tidak lama dulu, Anwar menasihatkan rakyat  tidak tertipu dengan perwatakan baik erajaan Umno/ Barisan Nasional. Anwar mempertikaikan pemberian wang ehsan kepada rakyat Kelantan dan juga usaha murni kerajaan membebaskan tahanan ISA yang dilihatnya sebagai lakonan dari DS Najib.

Ucapan Anwar di konvensyen tersebut juga dilihat sebagai mencerminkan kerisauannya terhadap pergolakan di dalam Pakatan Pembangkang sekarang ini. Anwar cuba berselindung dengan menuduh segala kemelut di dalam Pakatan Rakyat adalah usaha dan tindakan dari Umno/Barisan Nasional yang cuba melaga-lagakan kepimpinan parti pembangkang itu. Ini menurut Anwar, supaya rakyat memandang sinis terhadap corak pemerintahan Pakatan pembangkang.

Tema konvensyen PKR yang bertajuk "Menggilap Harapan Rakyat" itu sepatutnya ditukar kepada "Tiada lagi Harapan Dari Rakyat" kerana tiada satupun ucapan yang berasaskan kepentingan rakyat melainkan hanya retorik politik peribadi Anwar sahaja. Ini boleh dilihat jelas sewaktu Johari Abdul selaku Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR membentangkan ucapan bertajuk "Menuju Putrajaya" yang dipenuhi dengan "ayat kipas" untuk Anwar Ibrahim. 

Jika Anwar mahu melabelkan kerajaan pimpinan DS Najib sebagai penipu rakyat, sepatutnya Anwar bersedia untuk diludah oleh rakyat berikutan rentetan kisah penipuannya yang tak pernah bernoktah. Sejak dari dalam tahanan di Sg Buloh lagi Anwar telah menonjolkan sifat MUNAFIK nya apabila menuduh kerajaan menyuntik racun arsenik ke tubuhnya.

Ini diikuti dengan lakonan bertaraf cerita tamil apabila Anwar menyorok di Kedutaan Turki kononnya akibat ugutan bunuh dari agen-agen kerajaan. Anwar juga tanpa rasa bersalah meneruskan sifat MUNAFIKnya dengan membohongi rakyat dengan kisah tersohornya iaitu janji MENAWAN PUTRAJAYA atau lebih popular dengan ungkapan JANJI 16 SEPT.

Tentunya penduduk-Kg Buah Pala juga tak akan lupa hingga ke akhir hayat mereka terhadap penipuan Anwar berkenaan dengan pengekalan Kg halaman mereka. Manakala masyarakat yang mengundi Pas di Permatang Pasir juga terkedu dengan PENIPUAN Anwar untuk menjadikan Salleh Man sebagai YDP MAIPP.

Ini semua membuktikan bahawa lidah Anwar bukan sahaja  bercabang dua, malahan lidah MUNAFIKnya mungkin telah bercabang seperti daun kelapa.

Anwar sendiri pencetus kepada perhimpunan jalanan, pakar konspirasi menjatuhkan lawan, "godfather" kepada perasuah, "master" penipuan, "sifu" penyelewengan, "mahaguru" mempermainkan sistem kehakiman dan juga "diktator" kuku besi didalam organisasi politik yang didalangi.

Sampai bila dapat Anwar Ibrahim bertahan mempertahankan tabiat buruk yang dimilikinya dengan tipu helah dan dengan menuduh serta memfitnah orang lain demi mempertahankan dosa dosa yang dia sendiri telah lakukan.

MyKMU

No comments: