Wednesday, April 14, 2010

Mereka yang taksub dengan persepsi ketokohan Anwar berpaut di dahan rapuh semata...




Di atas dipaparkan wawancara Anwar dengan majalah British The Economist Mac lalu di London.

Mengupas apa yang dirumuskan Anwar diakhir wawancara ini jelas menunjukkan kekeliruannya berhubung pelaksanaan dan penguatkuasaan Syariah. Anwar tidak dapat mengupas lanjut apa yang perlu dilakukan ketika terjadi konflik di antara Syariah dan undang-undang sivil. Dia sekadar mengatakan yang tidak patut syariah memutuskan pengadilan untuk bukan Islam. Dia terang-terangan melemparkan tuduhan munafik ke arah sistem syariah di Malaysia

Persoalan: Ini membuktikan betapa tipisnya pegangan Anwar dalam mempertahankan syiar Islam.


Orang asing, terutama wartawan kebanyakannya menulis menyokong Anwar walaupun Anwar terbukti masih seperti dulu (samada daripada segi cara dan pemikiran, kecuali kali ini tidak lagi berlapis).

Kita tidak dapat lari daripada mempersoalkan kenapa ini berlaku...

Apakah kerana terdapat kepentingan kuasa asing hinggakan mereka sanggup mencurahkan wang dalam usaha menjayakan perjuangan pincang Anwar hinggakan negara ini terjual?

Anwar begitu licik membuat pilihan...mereka yang terlalu taksub dengannya perlu sedar majoriti rakyat tahu siapa Anwar. Dia seorang ahli politik, tetapi tiada apa yang hebat mengenainya, lantaran ini membawa kepada kenyataan bahawa dia dan seluruh persekongkolan pembangkang tiada mempunyai apa-apa keistimewaan, apatah lagi sebagai satu alternatif kepada Malaysia.

Rakyat negara ini sebahagian besarnya berpendidikan (hasil perjuangan di bawah DEB) termasuk ahli fikir yang disokong oleh rakyat jelata yang juga tidak kurang berfikir dan membuat pertimbangan waras.Mereka sedar memang kita memerlukan alternatif, tetapi bukanlah dalam bentuk Pakatan Rakyat!

Oleh demikian jika para pelobi masih terus berpaut kepada persepsi kekuatan Anwar, mereka bertaruh pada yang pincang...jawapannyaa kecundanglah semangat keMalaysiaan yang satu dalam apa jua bentuk.

No comments: