Saturday, April 24, 2010

Mengapa begitu zalim sekali dilakukan kpd haiwan ini?



Bukan sekadar tuntutan agama, tetapi nilai kemanusiaan sendiri tidak membenarkan kita menyiksa haiwan.

Terbaru laporan di dalam akhbar The Star hari ini menceritakan bagaimana seekor anjing tanpa tuan diikat dengan sebatang kayu ditojah ke dalam mulutnya dengan begitu zalim.

Persatuan Kebajikan Anjing Malaysia (MDDB) kini sedang merancang untuk mengemukakan saman ke atas Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berdasarkan dakwaan kakitangan syarikat tersebut bertanggung-jawab melakukan penyiksaan itu.

Blogger ini rasa terpanggil untuk menyuarakan tentang perkara ini. Di mana letaknya nilai kita sebagai manusia? Apakah ini yang ingin kita wariskan sebagai teladan kepada generasi akan datang?

Semua agama mempunyai lunas tertentu yang meletakkan hak haiwan untuk hidup sebagai makhluk. Siapakah kita untuk melakukan sembarangan, walaupun ke atas anjing liar? Nabi junjungan kita pun pernah pada satu ketika menasihatkan sahabatnya supaya jangan diapa-apakan seekor anjing yang sedang menyusu anak di tengah laluan ke masjid...apatah lagi kita manusia biasa?


No comments: