Sunday, April 18, 2010

Anwar dan Mont Pelerin Society



Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mengembangkan pembabitan dan pengaruhnya dalam organisasi-organisasi global yang berlandaskan idea-idea 'liberalisme.'

Terbaru, kita mendapat tahu dia terlibat dalam satu lagi Think Tank dunia yang dikenali dgn nama MONT PELERIN SOCIETY, sebuah organisasi yang memperjuangkan idea-idea liberal di atas nama kebebasan dan demokrasi dunia.

Bagaimanapun, setelah mengkaji lebih mendalam, nyata Mont Pelerin Society yang pernah disertai tidak kurang daripada lapan pemenang Hadiah Nobel tidak seperti di war-warkan.

Menurut Paul Craig Roberts, bekas pengasas "Reaganomics" dan Penolong Setiausaha Perbendaharaan dalam pentadbiran Reagan yang juga seorang ahli ekonomi terkenal,  Mont Pelerin Society sebenarnya alat untuk menengahkan hegemoni dan pengaruh Amerika dengan cara 'mengepung' Rusia dan beberapa keraajaan boneka  dengan pangkalan tentera Amerika di atas nama ''menyokong demokrasi.''

Badan itu tidak pernah cuba mengritik atau menangani sebarang serangan Pentadbiran Bush ke atas hak asasi rakyat Amerika atau pun  kebiadaban pentadbiran tersebut terhadap Perlembagaan Amerika dan undang-undang antarabangsa, terutama Konvensyen Geneva. Badan itu juga tidak pernah mengutuk tindakan pencerobohan berdasarkan beberapa agenda Amerika.

Semua ini didedahkan dalam buku "The Tyranny of Good Intentions" yang ditulis Craig Roberts dan Lawrence Stratton.


No comments: