Friday, April 30, 2010

Whats with "The Reversal of Anwar Ibrahim?"




Read the full article here.

If the photo of Anwar as carried by The New Ledger is not telling enough of tales of connivance and unsavoury schemes, the following excerpt is all the more revealing:

"The sad truth is that we shouldn’t be surprised by Ibrahim’s descent into anti-Americanism or anti-Semitism. When he told CNN that “stoking the flames of anti-Americanism and anti-Semitism is a good distraction,” he wasn’t condemning: he was observing and prescribing.

This is not the first time Ibrahim has gone down this road: he has a history of Jew-baiting when expediency calls for it. To pick just one example, in 2008, with Malaysian elections approaching, he casually tossed out this charge in an interview with IslamOnline: “I have evidence proving that the government is backing the Jewish lobby in the U.S. and some parties inside Israel.” (To the credit of the Malaysian electorate, Ibrahim’s opposition coalition failed to win a majority in that election.)"



Think about it...



Thursday, April 29, 2010

Budaya ampu dlm UMNO perlu dihentikan


Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan anggota Umno agar tidak terjebak dalam budaya 'mengipas' pucuk pimpinan untuk menjaga kepentingan diri sendiri.

Beliau berkata ini kerana pemimpin atasan tahu siapa yang benar-benar bekerja dan siapa yang mengampu.

"Cukuplah politik 'kipas sate', kita sekarang dalam proses transformasi.

"Angin perubahan telah berlaku," katanya semasa berucap merasmikan majlis pengagihan peruntukan kepada tiga sayap dan 31 cawangan Umno Bahagian Cheras malam tadi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata pucuk pimpinan tertinggi Umno sentiasa memantau barisan kepimpinan di bawah bagi mengenal pasti golongan yang bekerja untuk parti dan mereka yang mengampu untuk diri sendiri.

Pada majlis itu setiap cawangan menerima RM1,000 untuk mengadakan mesyuarat mereka sementara sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bahagian itu masing-masing menerima RM10,000.

Mesyuarat peringkat cawangan akan bermula 1 Mei hingga 15 Jun ini, manakala persidangan perwakilan bahagian serta ketiga-tiga pergerakan akan berlangsung dari 16 Jun hingga 16 Julai ini.

-Bernama

Saturday, April 24, 2010

Raja Petra : Pakatan diminta bertindak ganas jika perlu di Hulu Selangor lepas tengah malam ini



Dalam  post terbarunya, Raja Petra yang menulis dalam Malaysia Today dari Britain menggesa jentera samseng Pakatan Rakyat supaya mengepung dan mengawal semua kampung di Hulu Selangor bermula tengah malam ini.

Ini kononnya  kerana orang BN akan menyerbu semua kawasan untuk mengagih pelbagai hadiah dan imbuhan. Oleh itu, katanya, semua kenderaan yang disyaki mesti ditahan dan diarah berpatah balik, sementara sebarang beg atau bungkusan mengandungi wang dirampas.

Ini sikap biadab dan melampau. Ia bukan niat menghalalkan cara namanya, tetapi terang-terangan jenayah ROMPAKAN!

Mengapa begitu zalim sekali dilakukan kpd haiwan ini?



Bukan sekadar tuntutan agama, tetapi nilai kemanusiaan sendiri tidak membenarkan kita menyiksa haiwan.

Terbaru laporan di dalam akhbar The Star hari ini menceritakan bagaimana seekor anjing tanpa tuan diikat dengan sebatang kayu ditojah ke dalam mulutnya dengan begitu zalim.

Persatuan Kebajikan Anjing Malaysia (MDDB) kini sedang merancang untuk mengemukakan saman ke atas Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berdasarkan dakwaan kakitangan syarikat tersebut bertanggung-jawab melakukan penyiksaan itu.

Blogger ini rasa terpanggil untuk menyuarakan tentang perkara ini. Di mana letaknya nilai kita sebagai manusia? Apakah ini yang ingin kita wariskan sebagai teladan kepada generasi akan datang?

Semua agama mempunyai lunas tertentu yang meletakkan hak haiwan untuk hidup sebagai makhluk. Siapakah kita untuk melakukan sembarangan, walaupun ke atas anjing liar? Nabi junjungan kita pun pernah pada satu ketika menasihatkan sahabatnya supaya jangan diapa-apakan seekor anjing yang sedang menyusu anak di tengah laluan ke masjid...apatah lagi kita manusia biasa?


Friday, April 23, 2010

CUKUPLAH!



CUKUPLAH...JANGAN BERI MEREKA PELUANG LAGI

1) Elizabeth Wong, jadi YB tapi terkangkang atas sofa...papar seluruh dunia

2) Teresa Kok, jadi YB terus panggang BABI lima ekor, mansuh tulisan jawi, pakai skirt masuk masjid & persoalkan azan di Masjid Kinrara 5.

3) Ronnie Liu, jadi YB kemudian benarkan jual arak & rumah maksiat. Halang penguatkuasa agama buat serbuan.

4) Xavier Jayakumar, tuntut kuil besar & cemarkan kesucian masjid bila berkhutbah di mimbar masjid dalam bulan puasa.

5) Khalid Samad, jadi YB sahaja terus izinkan Kristian guna kalimah Allah dalam gereja. Mahu mansuh enakmen agama Selangor.

6) Khalid Ibrahim jadi MB terus gadai tanah wakaf orang Islam seluas 4 ekar di Kg Kebun Bunga, Batu Tiga, Shah Alam diberi pada Dewan Persatuan Perkuburan Cina. Khalid ikut cakap DAP supaya wang baitumal diberi pada org bukan Islam. Beli Camry RM2.1 juta, kereta peribadi RM1juta, hasil jualan pasir RM80juta pada tahun 2009 tapi rakyat hanya dapat RM11 sahaja utk air percuma. Duit lain masuk kocek kroni Khalid.

7) Zaid Ibrahim belum jadi YB lagi, tapi track record sudah ada sebagai seorang kaki judi, minum arak, sokong IFC & murtad.

SUDAH SUDAHLAH. BUATLAH PERUBAHAN DI HULU SELANGOR DEMI ALIF, BA & TA.

Mahathir vs Stephen Sackur vs Anwar : BBC Hardtalk 2008 & 2005




Tun Mahathir obviously handled the situation very well in this segment of BBC's Hardtalk. He was unperturbed and delivered his answers and rationale just like a true blue Malaysian leader.

However, compare it to the almost nail-biting posture of Anwar Ibrahim when he has was faced with a barrage of questions from Stephen Sackur...what a world of difference!

Thursday, April 22, 2010

Fakta Anwar bercanggah dgn perbuatannya



i. Dia menafikan hubungan rapatnya dengan Wolfowitz, sedangkan Wolfowitz menyebut Anwar sebagai kawan baiknya seperti yang tersiar dalam satu klip video YouTube tidak lama dulu. Video tersebut dirakam semasa Anwar dan Wolfowitz berucap di Bank Dunia. Pertemuan Anwar dan Wolfowitz bukan pertama kali, malahan telah bermula sejak tahun 80an lagi. Mereka telah mengadakan lebih daripada lima pertemuan yang memakan masa di antara satu hingga empat jam.

Ketika Anwar dirawat di Munich, Jerman, Wolfowitz telah terbang ke Munich untuk menziarahnya. Perbincangan empat mata itu mengambil masa hampir satu jam. Ia disusuli dengan lawatan Anwar ke Pentagon untuk satu pertemuan dengan kawan rapatnya itu pada 28 Februari 2005. Ketika itu Wolfowitz memegang portfolio sebagai Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat. Perbincangan di antara amereka memakan masa dua jam.

ii. Dia menafikan yang dia melantik Shah Riza dari Bank Dunia ke Foundation for The Future (FFF), sedangkan terdapat bukti surat yang ditulis oleh Anwar kepada Bank Dunia meminta Shah Riza dipindah ke FFF. Surat yang ditandatangani Anwar itu dijadikan bahan bukti dalam siasatan Jawatankuasa Disiplin kes penyelewengan Wolfowitz di Bank Dunia.

iii. Dia menafikan yang dia anti-Sadam Hussein
sedangkan dia pernah menulis surat kepada Wolfowitz ketika berada di penjara mengecam tindakan militan Muslim yang menyerang Pusat Perdagangan Dunia, WTC di New York pada 9 September 2001 dan seterusnya mengkritik Saddam Hussein sebagai Presiden Iraq yang diktator.

iii. Dia menafikan semasa pertemuan dengan Wolfowitz mereka tidak membincangkan agenda peribadi selain semata-mata mendesak Amerika supaya jangan menyerang Iraq sedangkan hasil pertemuan itu memberi imbuhan kepada Anwar seperti berikut:

  1. Anwar jadi pelobi Wolfowitz.

    Pada Mac 2005, Anwar berkempen di seluruh dunia menggesa Wolfowitz menjadi Presiden Bank Dunia. Dalam wawancara berita Bloomberg bertarikh Mac 24, 2005 Anwar Ibrahim yang disebut sebagai di antara satu-satunya kawan baik Wolfowitz telah melahirkan kepercayaan bahawa Wolfowitz amat komited dengan agenda kebebasan dan memahami sepenuhnya isu-isu kemiskinan, alam sekitar dan kesihatan. Agenda-agenda tersebut secara kebetulan juga adalah agenda Bank Dunia. Bank Dunia dikuasai penuh oleh Washington. Ia seringkali digunakan oleh sektor korporat Amerika sebagai alat untuk menjahanamkan sektor swasta dan ekonomi negara-negara dunia ketiga. Tindakan-tindakan tersebut ialah bagi membuka jalan untuk sektor korporat Amerika membeli saham kepunyaan syarikat-syarikat dunia ketiga selain memaksa syarikat yang tenat meminjam dari IMF dan Bank Dunia.

  2. Anwar dilantik fellow kehormat di Johns Hopkins University.

    Menurut penulis Michael Bilington, "pada 2004 semasa dibebaskan dari penjara, Anwar 'disambut' oleh dua sekutu rapatnya, iaitu Al Gore dan Paul Wolfowitz. Wolfowitz ketika itu terbabit dengan tindakan mendalangi pertukaran rejim di Iraq melalui kekuasaan tentera. Wolfowitz dikatakan mengatur supaya Anwar diberi perlantikan di School of Advanced International Studies (SAIS), John Hopkins University, Washington.

  3. Anwar dilantik Perunding Bank Dunia (governance & accountability). Semasa Wolfowitz menjadi Presiden Bank Dunia, dia telah memberi kontrak bernilai AS$21,000 kepada Anwar bermula 25 Januari hingga 1 Mei 2006. Ketika itu Wolfowitz menjadi Presiden Bank Dunia.

  4. Anwar dilantik Chairman Foundation For The Future (FFF) pada 15 Julai 2006.

  5. Anwar dilantik sebagai Duta Amerika Syarikat ke negara-negara Islam utk berceramah topik Islam & demokrasi. Dia dilantik sebagai Diplomat Jemputan, Council of Foreign Relations, New York. Dia bekerja dibawah yang diketuai oleh Elizebeth Cheney. Jabatan itu juga menaja FFF. Perlantikan Anwar sebagai Duta AS ke negara-negara Islam berkuat kuasa sehingga sekarang. Itulah sebabnya Anwar bebas ke luar negara.


The Fall of Wolfowitz and a dark backgrounder to Anwar





Monday, April 19, 2010

PKR's Dr Halili defects



Hulu Selangor PKR treasurer Datuk Dr Halili Rahmat has left the party to join Umno.Dr Halili, a neurosurgeon, was among names initially suggested in the PKR's political bureau meeting on March 31 to contest the Hulu Selangor by-election.



He told a press conference at a hotel in Petaling jaya this morning that his decision was because he felt PKR was now far from its struggles as declared when he first joined the party in 1999.

It was reported earlier that Dr Halili had contested and lost in past elections namely for the Kuala Kubu Baru and Batang Kali state seats.

Then in the 1999 general elections he was beaten by former Hulu Selangor MP Datuk G. Palanivel by a 8,595 vote majority.

Dr Halili, reportedly the first Malay neurosugeon in the country, is from a kampung in Batang Kali.

He is also fiercely loyal to Datuk Seri Anwar Ibrahim and they are said to be related or what the Malays term as bau-bau bacang (reminiscent of the bacang fruit or distant relative).

-The Star



Sunday, April 18, 2010

Anwar dan Mont Pelerin Society



Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mengembangkan pembabitan dan pengaruhnya dalam organisasi-organisasi global yang berlandaskan idea-idea 'liberalisme.'

Terbaru, kita mendapat tahu dia terlibat dalam satu lagi Think Tank dunia yang dikenali dgn nama MONT PELERIN SOCIETY, sebuah organisasi yang memperjuangkan idea-idea liberal di atas nama kebebasan dan demokrasi dunia.

Bagaimanapun, setelah mengkaji lebih mendalam, nyata Mont Pelerin Society yang pernah disertai tidak kurang daripada lapan pemenang Hadiah Nobel tidak seperti di war-warkan.

Menurut Paul Craig Roberts, bekas pengasas "Reaganomics" dan Penolong Setiausaha Perbendaharaan dalam pentadbiran Reagan yang juga seorang ahli ekonomi terkenal,  Mont Pelerin Society sebenarnya alat untuk menengahkan hegemoni dan pengaruh Amerika dengan cara 'mengepung' Rusia dan beberapa keraajaan boneka  dengan pangkalan tentera Amerika di atas nama ''menyokong demokrasi.''

Badan itu tidak pernah cuba mengritik atau menangani sebarang serangan Pentadbiran Bush ke atas hak asasi rakyat Amerika atau pun  kebiadaban pentadbiran tersebut terhadap Perlembagaan Amerika dan undang-undang antarabangsa, terutama Konvensyen Geneva. Badan itu juga tidak pernah mengutuk tindakan pencerobohan berdasarkan beberapa agenda Amerika.

Semua ini didedahkan dalam buku "The Tyranny of Good Intentions" yang ditulis Craig Roberts dan Lawrence Stratton.


Saturday, April 17, 2010

When one has to quit being a team player.



Contrast ADUN Bakar Arang Tan Wei Shu's exiting PKR with Zaid's taking PAS to court over the Hudud issue.

The question is how strong a hold one has on the team player concept. Does one, regardless of moral standing, still adhere to the team when the team's aims have obviously gone off tangent?

The spontaneous answer should be "NO!". But then, again, wherefore is conscience?

As for Zaid, it only proved that he is an opportunist, using PAS for personal glory, while Tan of Bakar Arang is completely disillusioned with PKR's double-faced position.

For Tan, he felt that he needed to stop being a team player in PKR when the team is acting more like a mob. Such a situation required careful evaluation to decide what he could or should not do.

When being a team player is defined as keeping his mouth shut, he really felt that he needed to go it alone. When being a team player is defined as never volunteering or doing anything beyond your job description, that's just a sign that the team is acting more like a herd...the solution is to keep your head up, keep moving, don't think for yourself. At times like this, you have to distinguish yourself from the herd in order to get ahead, what more as a conscientious people's representative like Tan.

Malaysia cuts off petroleum supply to Iran not true.


Foreign news reports quoting Datuk Seri Najib Tun Razak as saying that Malaysia had cut off gasoline supplies to Iran are incorrect.

The Prime Minister said Petronas was involved in a spot sale to Iran in mid March under a third party deal but since then there had been no requests.

"It is not correct, it was not a decision taken by Petronas per se. It involved a spot sale and there was no requirement anymore, so they don't do it (anymore)," he told Malaysian reporters late Friday.

"It is a third party deal that was done in mid-March, not now. I was a bit surprised that a lot of noise has been made out of this thing," said Najib who is on the final day of his week-long visit to Washington and New York.


Excerpt from The Star

Thursday, April 15, 2010

Nak percaya dia lagi?




Siapa yang lupa pada janji Anwar untuk "merampas" Putrajaya pada 16 sept 2008. Siapa pula yang sudah lupa dengan kisah Anwar bersama barisan 30 ahli parlimen katak-kataknya.

Semua dongeng-dongeng ini bakal tersemat didalam lipatan sejarah politik Malaysia dan bakal diperturunkan kepada anak cucu kita pada masa depan. Mungkin ketika itu Anwar akan dinobatkan penglipurlara terbaik setaraf dengan nama Awang Batil dan juga Pak Ku Shadat di ketika ini. 
Ada perumpamaan Inggeris yang mengatakan bahawa "seorang penipu hanya akan melihat orang lain sebagai penipu sepertinya juga". Itulah yang amat bertepatan dengan keperibadian Anwar Ibrahim.

Berucap ketika memberi ucaptama di Konvensyen PKR Negeri Pulau Pinang di Dewan Tunku, Komplek Tun Abdul Razak (KOMTAR) tidak lama dulu, Anwar menasihatkan rakyat  tidak tertipu dengan perwatakan baik erajaan Umno/ Barisan Nasional. Anwar mempertikaikan pemberian wang ehsan kepada rakyat Kelantan dan juga usaha murni kerajaan membebaskan tahanan ISA yang dilihatnya sebagai lakonan dari DS Najib.

Ucapan Anwar di konvensyen tersebut juga dilihat sebagai mencerminkan kerisauannya terhadap pergolakan di dalam Pakatan Pembangkang sekarang ini. Anwar cuba berselindung dengan menuduh segala kemelut di dalam Pakatan Rakyat adalah usaha dan tindakan dari Umno/Barisan Nasional yang cuba melaga-lagakan kepimpinan parti pembangkang itu. Ini menurut Anwar, supaya rakyat memandang sinis terhadap corak pemerintahan Pakatan pembangkang.

Tema konvensyen PKR yang bertajuk "Menggilap Harapan Rakyat" itu sepatutnya ditukar kepada "Tiada lagi Harapan Dari Rakyat" kerana tiada satupun ucapan yang berasaskan kepentingan rakyat melainkan hanya retorik politik peribadi Anwar sahaja. Ini boleh dilihat jelas sewaktu Johari Abdul selaku Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR membentangkan ucapan bertajuk "Menuju Putrajaya" yang dipenuhi dengan "ayat kipas" untuk Anwar Ibrahim. 

Jika Anwar mahu melabelkan kerajaan pimpinan DS Najib sebagai penipu rakyat, sepatutnya Anwar bersedia untuk diludah oleh rakyat berikutan rentetan kisah penipuannya yang tak pernah bernoktah. Sejak dari dalam tahanan di Sg Buloh lagi Anwar telah menonjolkan sifat MUNAFIK nya apabila menuduh kerajaan menyuntik racun arsenik ke tubuhnya.

Ini diikuti dengan lakonan bertaraf cerita tamil apabila Anwar menyorok di Kedutaan Turki kononnya akibat ugutan bunuh dari agen-agen kerajaan. Anwar juga tanpa rasa bersalah meneruskan sifat MUNAFIKnya dengan membohongi rakyat dengan kisah tersohornya iaitu janji MENAWAN PUTRAJAYA atau lebih popular dengan ungkapan JANJI 16 SEPT.

Tentunya penduduk-Kg Buah Pala juga tak akan lupa hingga ke akhir hayat mereka terhadap penipuan Anwar berkenaan dengan pengekalan Kg halaman mereka. Manakala masyarakat yang mengundi Pas di Permatang Pasir juga terkedu dengan PENIPUAN Anwar untuk menjadikan Salleh Man sebagai YDP MAIPP.

Ini semua membuktikan bahawa lidah Anwar bukan sahaja  bercabang dua, malahan lidah MUNAFIKnya mungkin telah bercabang seperti daun kelapa.

Anwar sendiri pencetus kepada perhimpunan jalanan, pakar konspirasi menjatuhkan lawan, "godfather" kepada perasuah, "master" penipuan, "sifu" penyelewengan, "mahaguru" mempermainkan sistem kehakiman dan juga "diktator" kuku besi didalam organisasi politik yang didalangi.

Sampai bila dapat Anwar Ibrahim bertahan mempertahankan tabiat buruk yang dimilikinya dengan tipu helah dan dengan menuduh serta memfitnah orang lain demi mempertahankan dosa dosa yang dia sendiri telah lakukan.

MyKMU

HARAM, NAMANYA...


Wednesday, April 14, 2010

Mereka yang taksub dengan persepsi ketokohan Anwar berpaut di dahan rapuh semata...




Di atas dipaparkan wawancara Anwar dengan majalah British The Economist Mac lalu di London.

Mengupas apa yang dirumuskan Anwar diakhir wawancara ini jelas menunjukkan kekeliruannya berhubung pelaksanaan dan penguatkuasaan Syariah. Anwar tidak dapat mengupas lanjut apa yang perlu dilakukan ketika terjadi konflik di antara Syariah dan undang-undang sivil. Dia sekadar mengatakan yang tidak patut syariah memutuskan pengadilan untuk bukan Islam. Dia terang-terangan melemparkan tuduhan munafik ke arah sistem syariah di Malaysia

Persoalan: Ini membuktikan betapa tipisnya pegangan Anwar dalam mempertahankan syiar Islam.


Orang asing, terutama wartawan kebanyakannya menulis menyokong Anwar walaupun Anwar terbukti masih seperti dulu (samada daripada segi cara dan pemikiran, kecuali kali ini tidak lagi berlapis).

Kita tidak dapat lari daripada mempersoalkan kenapa ini berlaku...

Apakah kerana terdapat kepentingan kuasa asing hinggakan mereka sanggup mencurahkan wang dalam usaha menjayakan perjuangan pincang Anwar hinggakan negara ini terjual?

Anwar begitu licik membuat pilihan...mereka yang terlalu taksub dengannya perlu sedar majoriti rakyat tahu siapa Anwar. Dia seorang ahli politik, tetapi tiada apa yang hebat mengenainya, lantaran ini membawa kepada kenyataan bahawa dia dan seluruh persekongkolan pembangkang tiada mempunyai apa-apa keistimewaan, apatah lagi sebagai satu alternatif kepada Malaysia.

Rakyat negara ini sebahagian besarnya berpendidikan (hasil perjuangan di bawah DEB) termasuk ahli fikir yang disokong oleh rakyat jelata yang juga tidak kurang berfikir dan membuat pertimbangan waras.Mereka sedar memang kita memerlukan alternatif, tetapi bukanlah dalam bentuk Pakatan Rakyat!

Oleh demikian jika para pelobi masih terus berpaut kepada persepsi kekuatan Anwar, mereka bertaruh pada yang pincang...jawapannyaa kecundanglah semangat keMalaysiaan yang satu dalam apa jua bentuk.

Zaid: Voting MIC in Hulu Selangor is tantamount to giving Mahathir another chance?



Now, what kind of statement is that? An attempt at going for a psychological checkmate in the perceived simple minds of the Hulu Selangor folks?

No, it doesn't work that way, if you ask me.

Like it or not, warts and all, Na jib is delivering well on his 1Malaysia, although as sensible folks we can accept that the road is bumpy although not impossible to traverse. Haven't we seen how the economy is reviving despite the continued global doldrums? Haven't we seen the efforts at fighting corruption? Havent we seen how sensitive religious issues are being addressed?

Of course, knowing that they are fast losing ground and credibility, they must go against something. Therefore, it is not surprising that their only remaining ammo is APCO, Israel, etc - they have obviously have lost sight of the ideals after being clouded by sheer anger and jealousy. They are bankrupt of ideas.

For the voters in Hulu Selangor, God has given them a mind of their own. They can weigh the values and not be easily pursuaded to change just because the opposition campaigners say so. Just ask yourself, isn't the ideals of bringing the lot of Malaysians together something that should be supported? At the end of the day we all win.

Monday, April 12, 2010

Rakyat TIDAK diutamakan di Putrajaya!



Aah, Putrajaya - persada pentadbiran dan nadi seranta negara...

Di mana silap dan ke arah mana hala tujunya dalam konteks kepentingan rakyat?

Tidak, saya tidak mempersoalkan usaha agresif untuk melaksanakan slogan dan konsep 1Malaysia dan saya juga bukannya hendak menuding jari dan mengupil serta menyerlahkan kesilapan orang kerajaan walaupun sekecil haba. Saya akur kita manusia tidak sempurna, tetapi usaha dan kudrat boleh membantu menggerakkan kita hampir kepada kesempurnaan.

Apa yang ingin saya ketengahkan ialah kekurangan ruang meletak kenderaan di Putrajaya hingga menyebabkan limpahan saman lalu lintas yang seolah-olah mempersendakan konsep dan slogan 1Malaysia di mana RAKYAT DIUTAMAKAN.

Jelas dalam konteks Putrajaya terutamanya, slogan tersebut sekadar retorik kosong yang amat di cemuh dan dibenci rakyat, walhal wujudnya Putrajaya bagi memberi perkhidmatan untuk rakyat yang mengundi meletakkan pihak terbaik di persada pemerintahan. Bagaimana pun lain ceritanya apabila kita melihat masalah kekurangan ruang meletak kenderaan.

Melihat keadaan yang berlaku, timbul persoalan untuk siapa Putrajaya diwujudkan? Untuk pentadbir atau untuk rakyat yang saban hari ke sana untuk berurusan sebagai rakyat yang akur kepada kedaulatan undang-undang?

Bila lagi kita akan menyaksikan usaha serius oleh orang atas di Putrajaya untuk melaksanakan falsafah di sebalik 1Malaysia? Apa gunanya NKRA jika kepincangan seperti ini begitu menonjol dan ketara?

Apakah Koh Tsu Koon dan Idris Jala buta mata, hati dan perut hinggakan perkara sepenting ini pun tidak dapat ditangani segera?

Apakah ini bukti kerajaan pimpinan BN begitu berpuas hati   dengan apa yang dilihat di dalam keselesaan pejabat semata-mata?

Pemikiran opportunis RPK apabila mendabik dada kononnya wira Bugis! Tolonglah...



RPK dalam post terbaru dalam Msia Today berkata jika kita menganggap seorang Bugis (DYMM Sultan Selangor di antara yang mempunyai kaitan)orang Melayu, maka nantikanlah padahnya apabila sebilah keris menusuk perut.

Menurut RPK yang mendabik dada sebagai pakar dunia Melayu yang 'plastik', orang Bugis adalah orang Bugis dan megah dengan bangsa mereka. Dia menyamakan dengan keadaan di mana apabila seorang Welsh seperti dirinya diertikan sebagai seorang Inggeris, lantaran dia akan segera menghantar orang yang membuat kenyataan itu ke alam barzah.

Apakah yang dimaksudkan dengan kenyataan pincang RPK itu? Bahawa orang Bugis bukan Melayu, dan dia yang lebih 50% orang Welsh seorang Bugis?

Kesan berikutan apa yang dikatakannya itu boleh menimbulkan persoalan dan kontroversi bahawa Sultan Selangor bukan orang Melayu ...sama seperti mengangap Sultan Johor orang Inggeris dan sebagainya.

Apa yang dikatakannya itu? Pastinya fitnah dan derhaka...tetapi memandangkan dia kini bersembunyi disebalik gagasan bangsa Brythonic Welsh yang berserumpun di bawah gagasan 'bangsa' British, maka kita berasa hairan mengapa dia tidak lari bersembunyi di kalangan bangsa Bugis di rantau ini? Mengapa menyorok di sebalik kain British di London?

RPK pejuang nasionalis pincang yang keliru. Apabila cuba membela diri, dia sanggup mengupas terperinci salasilah untuk mengiyakan keturunannya, tetapi realitinya dia bukan hidup seperti orang Melayu/Bugis atau berfikir seperti orang Melayu/Bugis!

Thursday, April 8, 2010

Wednesday, April 7, 2010

Aah, strategi Anwar untuk memboloskan diri...



Sungguh ironi apabila mendengar Anwar 'membongkar' pembabitan agen Zionis di PDRM.

Apa taknya? Bukankah Anwar sendiri bersekongkol dengan mastermind Zionis seperti Wolfowitz dan ramai lagi samada di Amerika Syarikat atau pun dalam badan-badan dunia?

Pada yang terlalu taksub mempercayai 'pendedahan' Anwar ini, cuba renungkan apa tujuan dia berbuat demikian? Bukankah dengan bersubahat bersama agen Zionis/Yahudi seperti Wolfowitz dan petualang-petualang lain, Anwar sendiri tersedia melabelkan dirinya agen rejim kejam itu, samada secara terus atau secara proksi?

Nyata tindakan Anwar sekadar untuk mengalih perhatian awam daripada kes sodomy II yang semakin mengancam dirinya.

Apakah sekiranya wajah sebenar Anwar terdedah dengan kebodohannya sendiri ini, rejim Zionis akan membantunya lari dari Malaysia dalam masa terdekat seperti mana RPK berjaya memboloskan diri dari Malaysia?

Sunday, April 4, 2010

Are Malay Special Rights a form of discrimination or oppression? No...


Most non-Malays in BN component parties as well as the Opposition agree that Article 153 of the Federal Constitution SPEAKS of Malay rights & the social contract.

But, no, in agreeing that such a caveat is stipulated in the Article, they by no means accept those entrenched rights since they are also reading Article 8 (2) on how no Malaysians can be discriminated on, with regards to religion or race. Based on this, they stress that all Malaysians who love the country must put aside personal and vested agendas and work towards the commonalities in diversity, i.e. promote similarities rather than conflict.

What does that mean? Given that race and religions are different, what is the meaning of this? What similarities are we talking about?

Although all faiths stress on non-discrimination, what do we call when one religion champions its faith exclusively (which is mandatory according to the pillars of its respective beliefs), or when a particular religion forbids this and that, which are accepted by other faiths? Isn't that  tantamount to discrimination?

Semantics or polemics in whatever guises, if we are to call a spade a spade, it will invariably point to discrimination - where the actual meaning of discrimination read together with the call for the followers of a faith to practice non-discrimination clearly points to DISCRIMINATION.

So, are they referring to oppression when the Malays & Muslims of Malaysia demand their entrenched special rights under the Constitution? Do we need to split hairs and interpret the implementation of Malay special rights as oppression? Please...