Wednesday, February 3, 2010

Ku Li dan Nik Aziz berfikiran parokial



Begitu berani mereka mendabik dada kononnya gah memperjuangkan nasib negara. Yang dimaksudkan Tengku Razaleigh dan Nik Aziz.

Apa yang dapat kita kupas daripada curahan polemik mereka ialah orientasi kepada parokialisme. Mereka ketara hanya taksub mempertahankan negeri Kelantan dan bukannya negara ini. Apakah mereka begitu terdesak untuk mempertahankan kedudukan tanpa mengambilkira kesan strategi yang digunakan? Biar negara hancur, asalkan orang Kelantan terus mengekalkan kedudukan mereka dipersada idola ketokohan pincang.

Sebagai sebahagian daripada komponen kepimpinan negara, walaupun mereka mempunyai pendapat berlainan disebabkan misi peribadi daan dan falsafah parti, namun mereka tidak seharusnya mengabaikan patriotisme kepada negara tercinta ini. Apa yang mereka lakukan sejak kebelakangan ini jelas menggalakkan idea bertentangan. Mereka begitu ghairah mengapi-apikan semangat kekampungan dan kenegerian tanpa melihat kepada akibatnya dalam konteks kenegaraan.
 
Dengan menunggang isu wang ehsan Kelantan sebagai peluru matlamat populis mereka, mereka begitu licik menghasut rakyat Kelantan mempercayai hanya imbuhan tersebut yang mampu menyelesaikan segala masalah negeri dianggap paling mundur itu. Secara realitinya, apakah Ku Li sebagai seorang ahli ekonomi dan pemimpin yang pintar sedar mekanisme wang ehsan tidak mungkin mampu menyelesaikan segala masalah di negeri itu? Dan Nik Aziz pula sebagai seorang pemimpin ulung Kelantan yang sentiasa diselubungi aura keagamaan juga amat sempit pemikiran dalam menangani hal yang lebih menyeluruh ini.

Menyetuh kerakusan Ku Li, beliau menguasai tajuk-tajuk berita bukannya kerana idea hebat tetapi sebaliknya nilai berita sensasi yang mengapungkan kebodohannya sendiri. Setidak-tidaknya inilah hakikat jika dibaca arah tuju perjuangannya dalam konteks UMNO dan isu-isu semasa. Dalam isu wang ehsan, apa yang dilaungkan beliau jelas berpaut di dahan rapuh lantaran boleh mengakibatkan beliau mencatat sejarah atau lenyap begitu saja.

2 comments:

Anonymous said...

saya tidak bersetuju, walaupun bukan anak kelantan tetapi setiap negeri mempunyai hak-hak tertetu apabila menyertai persekutuan Malaysia, kalau sabah dan sarawak memperolehi hak mereka, mengapa tidak pula kelantan dan terengganu yang majoriti rakyatnya umat Islam? Sedangkan Wilayah persekutuan Kuala Lumpu dan putrajaya yang tiada minyak boleh mendapat keuntungan dari hasil minyak gersebut? Dahla Kuala Lumpur dikuasai DAP bukan UMNO?? Kuasa Pusat terlalu berkuasa tidak ada check dan balance dengan kerajaan negeri..boleh berlaku salah guna kuasa.

Anonymous said...

Perancangan DAP disebalik pembelaan Anwar oleh Karpal Singh ?