Friday, February 19, 2010

Anwar melobi suara 'mahkamah' pendapat dunia...



Perbicaraan kes liwat II Anwar Ibrahim diteruskan walaupun semakin banyak cetusan lidah pengarang dan komentar disiarkan oleh berita antarabangsa terkemuka. Apatah lagi, hinggakan beberapa pemimpin dunia juga turut melahirkan pendapat menerusi pengisytiharaan dan penyataan terbuka.

Kebanyakan komentar  menyorot perbicaraan itu sebagai satu manipulasi politik oleh kerajaan pimpinan Dato' Najib dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai tidak adil dan berat sebelah. Rata-rata perbicaraan dilukis untuk memalukan Malaysia dan menguji samada kerajaan ini benar-benar moderat, demokratik dan adil.

Sebuah cetusan editorial bertanya,"Apakah negara Muslim yang mengamalkan sistem demokrasi moderat ini semakin bertukar menjadi sebuah negara tanpa kedaulatan undang-undang? Nyata apa yang dibicarakan sebenarnya ialah tahap komitmen Malaysia terhadap keadilan dan ketelusan kepada demokrasi melalui pungutan suara "mahkamah" pendapat antarabangsa.

Kebanyakan kritikan didatangkan dari negara-negara yang tidak menganggap liwat itu perlakuan jenayah.

Di Malaysia, undang-undang begitu jelas mengatakan "perhubungan seks di luar tabii," sepertimana digariskan dalam kanun jenayah, adalah salah dan membawa hukuman penjara 20 tahun. Walau apapun tanggapan, orang luar tidak berhak mengkritik negara kita atau perlembagaan negara ini.

Sejak setahun setengah lalu, Anwar telah menjelajah ke seluruh dunia berkempen untuk pembelaan dirinya. Itu memang haknya, dan pandangannya kini dicerminkan dalam liputan berita antarabangsa yang ketara berat sebelah.

Sementara media antarabangsa tidak berminat menyiarkan kes kedua-dua pihak secara adil, di mahkamah Malaysia Anwar dan pihak pendakwa diberikan hak secukupnya untuk membentangkan bukti.

Prosiding yang adil, telus dan tidak berat sebelah - tanpa campurtangan kerajaan: inilah yg diberikan kepada Anwar. Dengan cara menggambarkan keadaan bertentangan, jelas sekali suara-suara luar hanya berhasrat memperkecilkan kedaulatan undang-undang Malaysia - mereka menghukum sebelum setiap elemen bukti diteliti sedalam-dalamnya.

Menimbang dan membicara kes mahkamah bukannya tugas media atau pemerhati luar, ia tanggungjawab para hakim terbabit. Pendapat awam tidak boleh mengatasi keadilan mahkamah.

No comments: