Friday, February 19, 2010

Anwar melobi suara 'mahkamah' pendapat dunia...



Perbicaraan kes liwat II Anwar Ibrahim diteruskan walaupun semakin banyak cetusan lidah pengarang dan komentar disiarkan oleh berita antarabangsa terkemuka. Apatah lagi, hinggakan beberapa pemimpin dunia juga turut melahirkan pendapat menerusi pengisytiharaan dan penyataan terbuka.

Kebanyakan komentar  menyorot perbicaraan itu sebagai satu manipulasi politik oleh kerajaan pimpinan Dato' Najib dan tidak kurang juga yang menganggapnya sebagai tidak adil dan berat sebelah. Rata-rata perbicaraan dilukis untuk memalukan Malaysia dan menguji samada kerajaan ini benar-benar moderat, demokratik dan adil.

Sebuah cetusan editorial bertanya,"Apakah negara Muslim yang mengamalkan sistem demokrasi moderat ini semakin bertukar menjadi sebuah negara tanpa kedaulatan undang-undang? Nyata apa yang dibicarakan sebenarnya ialah tahap komitmen Malaysia terhadap keadilan dan ketelusan kepada demokrasi melalui pungutan suara "mahkamah" pendapat antarabangsa.

Kebanyakan kritikan didatangkan dari negara-negara yang tidak menganggap liwat itu perlakuan jenayah.

Di Malaysia, undang-undang begitu jelas mengatakan "perhubungan seks di luar tabii," sepertimana digariskan dalam kanun jenayah, adalah salah dan membawa hukuman penjara 20 tahun. Walau apapun tanggapan, orang luar tidak berhak mengkritik negara kita atau perlembagaan negara ini.

Sejak setahun setengah lalu, Anwar telah menjelajah ke seluruh dunia berkempen untuk pembelaan dirinya. Itu memang haknya, dan pandangannya kini dicerminkan dalam liputan berita antarabangsa yang ketara berat sebelah.

Sementara media antarabangsa tidak berminat menyiarkan kes kedua-dua pihak secara adil, di mahkamah Malaysia Anwar dan pihak pendakwa diberikan hak secukupnya untuk membentangkan bukti.

Prosiding yang adil, telus dan tidak berat sebelah - tanpa campurtangan kerajaan: inilah yg diberikan kepada Anwar. Dengan cara menggambarkan keadaan bertentangan, jelas sekali suara-suara luar hanya berhasrat memperkecilkan kedaulatan undang-undang Malaysia - mereka menghukum sebelum setiap elemen bukti diteliti sedalam-dalamnya.

Menimbang dan membicara kes mahkamah bukannya tugas media atau pemerhati luar, ia tanggungjawab para hakim terbabit. Pendapat awam tidak boleh mengatasi keadilan mahkamah.

Wednesday, February 17, 2010

Semakin terhakis...


Mengambil kesempatan kealpaan ramai orang Melayu terhadap pelbagai isu, kerajaan yang dipimpin DAP di Pulau Pinang nyaris menguburkan sambutan Mailudur Rasul.

Tindakan biadab mereka disemarakkan lagi berikutan kenyataan Nik Aziz kononnya amalan menyambut hari kelahiran Nabi Mohammad SAW tidak mempunyai signifikan dalam Islam.

Sedarlah orang Melayu betapa nyatanya ancaman yang kita hadapi di dua batasan, iaitu bangsa dan agama. Jika hati di antara kita masih lagi tidak dikambus ketaksuban dan sifat Melayu yang kononnya terlalu penyabar dan mudah bertolak ansur...tunggu sajalah detik apabila kita mendapati bangsa ini tidak lebih daripada sebuah tong kosong yang tidak lagi berdaya untuk bukan saja mengembalikan maruah, malahan hak untuk hidup ...

Sunday, February 14, 2010

Ku Li should know better...



Umno deputy president Tan Sri Muhyiddin Yassin said Tengku Razaleigh Hamzah should weigh his position in the party following his using the opposition platform to state his stand on the oil royalty issue.

He said Umno viewed the matter seriously and the Gua Musang division chief should understand that the platform he was using was not a government or Umno platform but one that was sponsored by PAS.

"Hence, this should not happen and we have been following his statements and I've myself observed that some of his statements were against the government and party's principles," he said after presenting awards to top achievers in the Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) and Penilaian Menengah Rendah (PMR) examinations in the Besut district, Terengganu yesterday.

Muhyiddin was asked to comment on Tengku Razaleigh's action of stating his stand on the oil royalty issue via the opposition platform on Jan 28 at the Sultan Mohamed IV Stadium in Kota Baharu, Kelantan.

He said the former finance minister who was considered a veteran and experienced leader, should know better where he should stand.

"It's not for me to teach him as he is more senior than I am and he should therefore know better.

-BERNAMA

Tuesday, February 9, 2010

Ku Li perlu cermin diri…


Ku Li ahli paling lama berada di kerusi Parlimen Gua Musang.

Sepanjang kariernya di sana nak juga kita bertanya dah berapa ramai anak watan Gua Musang menjadi jutawan atau ahli profesional berbanding nisbah sebenar penduduk setempat?

Sejauh mana kualiti kehidupan berubah dan apakah taraf semuanya  bertambah baik sepanjang beberapa dekad lalu?

Apa pula dengan peningkatan bilangan mubaligh Kristian  yang berada di kalangan masyarakat orang asli di situ? Bukannya kita nak persoalkan hak mereka, tetapi yang penting kita ingin mengetahui di mana letakknya keutamaan Ku Li sebagai ahli parlimen untuk membantu mengembangkan syiar Islam di kawasannya.

Yang nyata Ku Li daripada perspektif parokial sekadar seorang pemimpin yang mewakili mereka yang miskin dan tertindas tanpa sebarang pembelaan.

Bolehkah Ku Li berdiri di depan cermin dan melihat dirinya yang sebenar?

Wednesday, February 3, 2010

Ku Li dan Nik Aziz berfikiran parokial



Begitu berani mereka mendabik dada kononnya gah memperjuangkan nasib negara. Yang dimaksudkan Tengku Razaleigh dan Nik Aziz.

Apa yang dapat kita kupas daripada curahan polemik mereka ialah orientasi kepada parokialisme. Mereka ketara hanya taksub mempertahankan negeri Kelantan dan bukannya negara ini. Apakah mereka begitu terdesak untuk mempertahankan kedudukan tanpa mengambilkira kesan strategi yang digunakan? Biar negara hancur, asalkan orang Kelantan terus mengekalkan kedudukan mereka dipersada idola ketokohan pincang.

Sebagai sebahagian daripada komponen kepimpinan negara, walaupun mereka mempunyai pendapat berlainan disebabkan misi peribadi daan dan falsafah parti, namun mereka tidak seharusnya mengabaikan patriotisme kepada negara tercinta ini. Apa yang mereka lakukan sejak kebelakangan ini jelas menggalakkan idea bertentangan. Mereka begitu ghairah mengapi-apikan semangat kekampungan dan kenegerian tanpa melihat kepada akibatnya dalam konteks kenegaraan.
 
Dengan menunggang isu wang ehsan Kelantan sebagai peluru matlamat populis mereka, mereka begitu licik menghasut rakyat Kelantan mempercayai hanya imbuhan tersebut yang mampu menyelesaikan segala masalah negeri dianggap paling mundur itu. Secara realitinya, apakah Ku Li sebagai seorang ahli ekonomi dan pemimpin yang pintar sedar mekanisme wang ehsan tidak mungkin mampu menyelesaikan segala masalah di negeri itu? Dan Nik Aziz pula sebagai seorang pemimpin ulung Kelantan yang sentiasa diselubungi aura keagamaan juga amat sempit pemikiran dalam menangani hal yang lebih menyeluruh ini.

Menyetuh kerakusan Ku Li, beliau menguasai tajuk-tajuk berita bukannya kerana idea hebat tetapi sebaliknya nilai berita sensasi yang mengapungkan kebodohannya sendiri. Setidak-tidaknya inilah hakikat jika dibaca arah tuju perjuangannya dalam konteks UMNO dan isu-isu semasa. Dalam isu wang ehsan, apa yang dilaungkan beliau jelas berpaut di dahan rapuh lantaran boleh mengakibatkan beliau mencatat sejarah atau lenyap begitu saja.