Monday, January 18, 2010

Tidak konsisten dengan sejarah…


Dalam situasi yang mudah meledak di sekitar senario agama dan kaum, penggunaan pelbagai perkataan secara selektif dan secara provokasi oleh pihak gereja Katolik amat berbahaya dan mengancam perpecahan selain dilihat sebagai ancaman kepada keamanan dan harmoni.Sememangnya tidak sesuai bagi hakim mendasarkan penggunaan perkataan-perkataan berkenaan samada oleh orang Arab ataupun  daripada perspektif sejarah, lantaran memutuskan larangan sesuatu istilah oleh kerajaan sebagai melanggar lunas perlembagaan.

Gereja Katolik sebuah institusi yang sejak berkurun melarang penggunaan bahasa lain selain bahasa Latin hinggakan perlanggaran peraturan berkenaan boleh membawa hukuman perit dan berat, justeru bertolak daripada hakikat ini institusi tersebut tidak boleh mendakwa ianya konsisten dengan penggunaan istilah berkenaan dalam konteks susurmasa sejarah yang nyata tidak dapat mencerminkan perubahan keadaan pada zaman sekarang.

Rujukan hakim Bee Lan Lau kepada apa yang didakwa sebagai fakta sejarah dan penggunaan oleh pelbagai kaum tidak boleh diterima logik. Ia seolah-olah mengandaikan penganut Katolik serupa dengan orang Roman dan kaum barat yang lain serupa dengan orang Arab. Dalam konteks ini ia lari jauh daripada kebenaran berbanding analogi yang diterima pakai hakim berkenaan sebagai bukti dlm menentukan keputusan yang diambil...

No comments: