Thursday, January 7, 2010

Khalid Ibrahim buat hal lagi...



Laporan MB Selangor Khalid Ibrahim menguggut tidak akan meluluskan projek Yayasan Basmi Kemiskinan bernilai RM300juta jika dia tidak dilantik pengerusi amat memalukan.

Ini kali pertama kita menyaksikan seorang ahli politik mendesak bagi mendapatkan kepentingan peribadi secara terbuka.

MB Pakatan Rakyat bekerja untuk rakyat? Tolong sikit. Sudah tiba masanya rakyat Selangor mengkaji semula perspektif mengenai siKhalid ni - selakkan selubung dan topeng kepura-puraannya selama ini.

Dengar khabar dia mempunyai kepentingan ke atas tanah yang bakal dimajukan selain tertarik dengann keuntungan lebih RM1bil yang dianggar bakal diperolehi projek tersebut.

Begitu banyak kes yang menunggu membabitkan MB Selangor ni, tetapi mereka yang tegar terus membuta menyokongnya terutama kumpulan-kumpulan bebal dalam PKR. Mereka sengaja enggan melihat betapa ia bakal membawa keruntuhan negeri Selangor.

Dalam hal ini kita melihat persamaan isu yang dipertahankan oleh PAS, isu seperti perkataan 'allah.' Tindakan PAS mempertahankan kedudukan Herald memakan diri dan kini mereka terpaksa berhadapan dengan perpecahan kerana ada yang menyokong dan ada yang tidak - ''...ditelan mati emak diluah mati bapak...'' semua kerana keterlanjuran menggadai maruah bangsa dan agama demi politik rakus.

No comments: