Tuesday, January 5, 2010

Apa peranan Anwar dalam isu perkataan 'allah?'


Kini hingga yang paling liberal pun ramai yang mempersoalkn ketegaran Herald menuntut untuk dibenar menggunakan perkataan 'allah.'

Bagaimanapun dalam polemik ini kita tertanya-tanya mengapa Anwar Ibrahim sebagai 'lambang penyatuan' gerombolan Pakatan tidak menyatakan pendirian khususnya. Mengapa, ya?

Apakah Anwar serba salah atau sengaja menyetujui istilah tersebut diperguna atau 'diperalatkan' tanpa mengambilkira ia sebenarnya begitu sensitif kepada orang Islam Melayu, khususnya di sini.

Kepentingan isu ini tidak boleh disamakan atau dibandingkan dengan penggunaannya di negara-negara lain sejak ribuan tahun dulu. Kita perlu menyorotnya dalam konteks Malaysia di mana perlu perbezaan yang ketara (distinctive) demi menggariskan sempadan keagamaan. Isu pokok di sini bukan samada perkataan itu tidak boleh digunakan, tetapi kerana ia perlu dipertahankan oleh orang Melayu Islam bagi menjaga  sanktiti dan kedaulatan agama rasmi Malaysia.

No comments: