Sunday, January 3, 2010

Apa dengan ketegaran bukan Islam guna istilah 'allah?'


Perkataan 'allah' adalah eksklusif utk Islam di Malaysia.

Penggunaan istilah tersebut oleh agama lain di sesetengah gugusan kepulauan Melayu adalah kerana rata-rata sasaran para mubaligh Kristian begitu senang memahami istilah tersebut, lantaran mereka mengambil jalan pintas dalam usaha mendekatkan kumpulan berkenaan dalam misi mereka untuk mengembang pengaruh Kristian.

Ini bertolak daripada kesedaran bahawa kumpulan sasaran itu masing-masing tidak dapat lari daripada pengaruh dominion budaya Melayu.Mereka kebanyakan boleh bertutur dalam bahasa Melayu sebagai lingua franca perantaraan kedua atau ketiga.

Oleh yang demikian pasti penggunaan istilah yang lumrah digunakan oleh Melayu Islam seperti 'allah' diguna bagi mendekatkan pengertian tuhan...

Bagaimanapun, di sebalik peringkasan metodologi itu timbul keraguan dan syak ia sengaja digunakan sebagai serampang dua mata, samada untuk mengelirukan atau memecahkan pengertian asal.

Apa salahnya diguna istilah 'tuhan' saja?

Di satu penjuru lagi, orang Islam Melayu kini bertegas kerana sebagai kaum majoriti yang terpahat kepada hak keistimewaan yang diperturunkan dalam perlembagaan, semestinya ini satu daripada hak yang dimaksudkan.

Dalam pada itu, mengapa pula mereka yang tidak terbabit secara langsung dalam kontroversi ini turut mengeruhkan keadaan? Apa maksud yang tersirat?

1 comment:

KERDOOTVOOT said...

Setiap penerbitan oleh pihak gereja dalam Bahasa Melayu yang ada perkataan "Allah" hendaklah juga dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris dan perkataan "God" hendaklah diganti dengan "Allah". Barulah artikel dalam kedua-dua bahasa (Melayu dan Inggeris) mempunyai makna yang sama.
Mungkin pihak gereja di Malaysia tidak akan suka sekiranya perkara ini ditetapkan, kerana ianya bersalahan dengan ajaran agama Kristian yang diamalkan mereka.