Saturday, December 12, 2009

Nazri anak jantan? Tolong sikit...et tu brute!



Dalam rencananya yang tersiar dalam akhbar The Star kelmarin, wartawan Jocelyn Tan berkata Nazri Aziz seorang anak jantan dan pahlawan samurai terakhir. Begitu tinggi penghormatan media bukan Melayu diberikan kepada penderhaka bangsa itu.

Pada saya seseorang itu hanya boleh dianggap anak jantan jika dia berani berjuang mempertahankan yang lemah (dengan wajar) dan yang tertindas dengan penuh beradab. Tetapi lain pula cerita dengan si Nazri ini... apa yang ditonjolkan ialah kebodohan dan keberanian tak bertempat selain tidak bersopan terhadap pemimpin lebih tua, apatah lagi yang menaikkannya.

Terbaru dengar khabar Dato' Najib tidak akan 'mengapa-apakan' Nazri. Bagaimanapun, setakat yang saya difahamakan, Perdana Menteri 'mengarahkan' supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu jangan membaling lumpur dalam rumah sendiri. Selain itu PM juga dilaporkan berkata akan menyelesaikan isu BTN secara peribadi. beliau juga meminta semua menteri dalam kabinetnya berhenti berdebat tentang biro berkenaan.

Mungkin Dato' Najib sudah 'miss the point' di sini kerana isu tersebut dibangkitkan oleh pembangkang di Selangor. Ia berupa satu daripada agenda dalam beberapa siri serangan untuk menghakiskan kredibiliti dan memalukan pentadbiran Dato' Najib sendiri. Oleh yang demikian, apa yang sepatutnya dilakukan ialah memberi amaran kepada pembangkang berhubung hal ini.

No comments: