Monday, December 28, 2009

Anwar pandang rendah orang Sabah



Sebenarnya integriti dan kemampuan Anwar memimpin sekadar bergantung kepada keghairahan buta penyokong mempertahankan isu peribadinya. Selain itu, keupayaannya sebagai pemimpin tidak ke mana jika ditolak sokongan daripada parti-parti komponen Pakatan.

Ini terbukti dalam isu pelantikan semula Jeffrey Kitingan sebagai timbalan presiden PKR Sabah. Dalam isu ini Anwar jelas menonjolkan kelemahan prinsip apabila terpaksa tunduk kepada ketidakpuasaan hati akar umbi berhubung barisan kepimpinan parti negeri. Akur kepada kemahuan akar umbi dalam konteks ini menonjolkan kerapuhan prinsip kerana apa dirancang dalam percaturan sebelumnya ialah menurut agenda yang hanya tercetus daripada pilihan peribadi - bukan secara demokratik. Lantaran disebabkan inilah maka akar umbi memberontak.Ia bukan mencerminkan pegangan asas demokrasi yang sebenar.

Anwar begitu mudah berbuat demikian kerana dia jelas memandang rendah orang Sabah. Dia prejudis dan menganggap orang Sabah kuno dan bodoh belaka - mudah dimanipulasi.

Jika diperingkat ini Anwar menunjukkan sikap demikian, bayangkan jika PKR menguasai Sabah?

No comments: