Friday, November 20, 2009

Terlalu melampau dan mencabar ketabahan kita...



Antara beberapa komen sinis dan terang-terangan menghina umat Islam yang tersiar dalam Malaysia-Today saya paparkan diatas.

Apa yang boleh kita lakukan untuk mengelak perkara ini daripada merebak hingga tidak lagi mampu dikawal? Sekiranya ia berlaku di luar jurisdiksi Malaysia dalam konteks Internet, sememangnya kita masih berhak dan mempunyai 'locus standi' untuk bertindak. Mereka berselindung di sebalik pelbagai alasan termasuk kononnya isu jurisdiksi tidak boleh digunakan di sini kerana bentuk alam siber tanpa sempadan selain penempatan fizikal 'server' di luar Malaysia.

Bagaimanapun, hakikatnya jika kandungan sesuatu penerbitan maya berfokas kepada Malaysia dan orang Melayu, menggugat sentimen serta kenteraman awam di negara ini, apa kaedahnya? Lantaran itu kita wajib dan sah melakukan sesuatu.

Terjemahan 'screen capture' komen di atas:


"Beberapa tahun lalu, National geographic menyiarkan sebuah dokumentari yang mempersoalkan kaitan di antara Nabi Isa dan agama Kristian. Saya ingin mengajukan pertanyaan serupa. Apakah Islam sebenarnya diperturunkan oleh Tuhan? mengapa agama tersebut perlu dilindungi oleh manusia? Biasanya, manusia meminta perlindungan daripada Tuhan.

Apakah Mahkamah Syariah Pahang tidak memalukan Islam apabila mengenakan saman dan sebatan ke atas seorang wanita yang meminum arak? Dari mana mereka mendapat hukuman ini? Kenapa penjaga tunggal Muslim, yang kebanyakannya wanita tidak boleh mendapatkan keadilan daripada Mahkamah Syariah apabila bersabit kes anak-anak disisih oleh siayah? Kenapa isteri-isteri Muslim di kawasan luar bandar semakin ramai yang mati akibat AIDS akibat dijangkiti daripada siayah kerana tidak mengamalkan seks selamat atau kerana menjadi penagih dadah? Apakah ini sebabnya beberapa negeri mengenakan ujian AIDS ke atas pasangan Muslim lelaki sebelum dibenarkan berkahwin?"

No comments: