Friday, November 13, 2009

Pelan kepimpinan ideal dari kaca mata Zaid Ibrahim?


Zaid Ibrahim mencadangkan Nik Aziz dilantik menjadi Pengerusi Pakatan Rakyat sementara Tengku Razaleigh bersedia menjadi Perdana Menteri di bawah kerajaan Pakatan.

Ini dilihat ideal bagi mereka, tetapi pemerhati dalam Pakatan berasa sangsi. Tak mungkin percaturan tersebut boleh diterima kerana rata-rata menurut mereka, 'akar umbi' mahukan Anwar Ibrahim, Nizar Jamaluddin atau Khalid Samad menjadi pemimpin tertinggi, tak kira samada Anwar pincang daripada segi moral and licik dalam mempertaruhkan maruah negara, atau Nizar yang tidak mengenal kedaulatan undang-undang selain jelas menderhaka kepada sistem beraja, sementara Khalid Samad yang terbelenggu oleh prinsip Islam yang seolah-olah sengaja diguna untuk keuntungan peribadi.

Pakatan Rakyat amnya, tidak boleh menerima cadangan Zaid kerana apa yang mereka mahukan supaya Pakatan Rakyat sebagai kumpulan mengambilalih dan 'membersihkan' sistem yang mereka anggap pincang.Apa yang tersirat ialah 'keinginan rakyat' itu sebenarnya keinginan DAP!

Jika Ku Li dipilih, mereka mempersoalkan siapa yang akan membawa pihak-pihak yang korup ke muka pengadilan? Apakah mereka semua akan diampunkan dan seterusnya menyeru seluruh rakyat Malaysia memandang ke hadapan dan lupakan kesalahan yang lalu. Tidak, ini mereka tidak boleh terima sama sekali!
 
Walau bagaimanapun, percaturan ini hanyalah satu wayang, atau jelas membuktikan sekali lagi betapa Pakatan begitu berpecah...

Di sebalik ini semua, timbul persoalan...1Malaysia Najib semakin menyerlah dan positif, dan Anwar kehabisan modal untuk berjuang di atas premis kebebasan dan demokrasi beracuankan Amerika dan kuncu-kuncunya. Anwar tersepit di antara kebenaran dan kerakusan nafsu serakah, Nizar tenggelam dalam kemabukan perjuangan untuk membalas dendam kerana rezeki dan suratan tidak menyebelahinya (ke mana pergi sifat tawakkal sebagai orang Islam?) dan Khalid Samad hanyut dek ketaksuban menyatukan Islam dan bukan Islam hingga sanggup mengorbankan prinsip asas tanpa berfikir panjang.

Inikah sifat-sifat kepimpinan yang kita mahukan untuk Malaysia?

No comments: