Monday, November 16, 2009

Kenapa Khalid Samad tak ber-bai'ah murtad saja jika lompat?



Bai'ah suatu lagi bukti sah PAS memperalatkan Islam untuk politik. Waspadalah...menyokong PAS boleh membawa kepada seseorang itu terpesong dalam perjuangan salah.

Intipati perjuangan PAS jelas tidak mantap walaupun pemimpinnya cukup hebat. Apa tidaknya, hingga perlu melakukan bai'ah hanya untuk menjadi calon pilihanraya. Apakah Khalid Samad begitu kemaruk mahukan jawatan dalam politik hingga sanggup mempertaruhkan keluarga?

Dia mendakwa pengertian bai'ah telah dipesongkan oleh UMNO, tetapi hakikatnya bukankah subjek pertaruhannya itu anak  dan isteri? Kenapa tidak melakukan bai'ah murtad jika menjadi 'katak?'Setidak-tidaknya yang akan terbukti munafik hanyalah dia seorang saja!

Apa yang jelas, perlakuan bai'ah membuktikan kepimpinan PAS tidak mempunyai kepercayaan terhadap orangnya sendiri.

Orang PAS, tepuk dada dan tanya selera...apakah ini sudah lari daripada peradaban perjuangan Islam?

1 comment:

Panglima Perang Cyber said...

mereka tak kisah talak bini sebab dapat kawin baru hehehe.

dan mereka nampak wanita barang tidak berharga.

jika berharga tentu tidak dijadikan barang sumpahan.

terima kasih selalu komen di blog saya..

saya tertarik artikel tentang azly rahman.

nanti nak copy paste hehehhe


salam.