Thursday, November 5, 2009

Isu penangkapan Dr Asri...semacam je siKhalid ni...


"Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memberi penjelasan mengenai isu penangkapan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

"Ketika ini langkah terbaik ialah dengan menyediakan satu penjelasan yang terperinci kepada Sultan Sharafuddin mengenai isu ini kerana tuanku merupakan ketua agama Islam di Selangor.

"Kami telah memanggil Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi bagi memberikan taklimat lengkap mengenai sebab-sebab penangkapan itu," katanya selepas mesyuarat minggu exco di sini semalam.

Khalid menambah, hasil perbincangan secara tertutup dengan Pengarah JAIS itu hanya akan dimaklumkan kepada sultan dan tidak akan didedahkan kepada media pada masa ini...."


-Dipetik dari Mstar

1 comment:

halim tuah said...

berpendapat bahawa sebagai Ketua Pentadbiran Negeri yang menjadi penghubung antara Rakyat & Raja, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sendirilah yang seharusnya mengadap DYMM Sultan Selangor bagi menjelaskan isu Dr Mohd Asri Zainul Abidin, dan bukannya menolak kepada Pengarah JAIS. Tindakan sedemikian adalah 'BIADAP'!

http://www.youtube.com/watch?v=PRzYG9vJXAQ