Wednesday, November 18, 2009

Dedahkan karekter Khalid dalam isu hutang Talam Corp RM391 juta



Dalam perundangan, ada cara membuktikan ataupun setidak-tidaknya melukiskan keraguan ke atas kesahihan tertuduh atau saksi melalui apa yang ditanggap sebagai 'circumstantial evidence' atau 'character evidence.'

Apa yang dilaku dan disorokkan oleh Khalid Ibrahim berhubung hutang Talam Corp sebanyak RM391 juta juga boleh dibalikkan kepada dirinya jika digunakan kaedah-kaedah perundangaan dan prosedur seumpama itu. Ia boleh diwujud dan dipersoalkan oleh peguambela atau pihak pendakwa yang cekap dan pintar.

Ia boleh membawa kepada keraguan terhadapa perangai Menteri Besar Selangor itu sebagai berhelah dan mempunyai niat tidak baik.

Jika dia pernah memanipulasi keadaan, fakta, dan  menggunakan undang-undang sebagai ahli korporat yang licik, apa akan menahannya daripada melakukan perkara yang sama kepada negeri Selangor?

Jangan diambil ringan keraguan dan kemarahan Setiausaha Agung PKR Datuk Salehuddin Hashim berhubung 'round tripping' jumlah tersebut. Salehuddin bukan kecik anak sebagai seorang ahli korporat amat berpengalaman dalam soal itu.

No comments: