Monday, November 9, 2009

Beranikah Anwar?...



Apa hal dengan kelantangan Anwar tiba-tiba saja menyergah orangnya supaya patuh kepada manifesto dan misi Pakatan, atau jika enggan, keluar saja dari persekongkolan tersebut?

Gesaan yang sama juga boleh ditujukan kepada dirinya sendiri.

Kerana Anwar begitu rela berjuang untuk hak Hindu dan India, apakah dia akan berani mendabik dada mempertahankan kuil Sri Mahariaman yang didakwa berusia 150 tahun di Shah Alam daripada dirobohkan? Apatah lagi berdasarkan dakwaan kononnya orang Islam tidak berhak mengadu tentang kewujudannya?

Orang India mendakwa orang Melayu/Muslim mula menduduki kawasan tersebut setelah begitu lama kuil berkenaan dibina, malahan menurut mereka, setelah lebih 100 tahun! Oleh itu, mereka berkata jika orang Melayu tidak boleh menerima perancangan baru itu, mereka seharusnya keluar daripada kawasan tersebut.  Apakah bentuk tindakan Anwar sebagai penaung Hindu dan kaum India untuk mempertahankan kedudukan? Apakah dia akan meminta supaya Khalid Ibrahim mengisytiharkan kawasan berkenaan sebagai tapak 'warisan?, dan seterusnya dilindungi?

Dalam keadaan yanag sama juga , Anwar perlu mengumumkan PKR tidak akan akan menyokong pembinaan patung Mazu kerana dibina terlalu hampir dengan sebuah masjid. Berhadapan dengan isu ini, apakah Anwar akan berani membantah gesaan Mufti negeri dan ABIM supaya pembinaan patung tersebut dihentikan walaupun telah diberi kebenaran?

Sekiranya Anwar tidak mampu menyokong isu-isu ini secara tegas dan terbuka, PKR seharusnya bungkus dan janganlagi menipu orang ramai samada di Sabah, Selangor atau di mana-mana saja....

No comments: