Sunday, November 22, 2009

Alasan Chin Peng tidak boleh diterima



Bekas pemimpin tertinggi Parti Komunis Malaya, Chin Peng akhirnya memohon maaf kepada semua mangsa dan keluarga mereka yang menjadi sasaran kumpulan pengganasnya semasa Darurat.

Ia membuktikan selama ini sememangnya dia menyedari perkara tersebut tetapi sengaja mengaburi mata
penyokongnya di zaman ini yang kebanyakan terdiri daripada generasi muda yang tidak merasakan langsung keperitan semasa zaman Darurat, sebaliknya mengagungkan Chin Peng setelah persona pemimpin pengganas komunis itu di 'spin' dan dicorakkan semula oleh pembangkang sebagai 'wira' negara.

Kini keadaan sebenar terserlah sudah. Apa lagi dalih Anwar dan mereka yang lantang mahukan Chin Peng dibenarkan kembali ke Malaysia?

Alasan Chin Peng kononnya apa yang berlaku adalah peperangan dan dalam keadaan sebegitu pasti ada mangsa tak berdosa yang terkorban tidak boleh diterima sama sekali kerana Darurat yang diisytiharkan bukan perang rasmi, lantaran segala keganasan yang berlaku berada di luar Konvensyen Geneva seperti dipersetujui dan diiktiraf semua negara merdeka di dunia. Justeru, PKM bukan parti yang sah semasa Darurat meletus, apatah lagi sebuah pasukan tentera yang berperang untuk sebuah negara.

Oleh itu segala apa yang didakwa oleh Chin Peng tidak langsung boleh diterima.

2 comments:

Fazli Salleh said...

Salam..

Mengapa Musa Ahmad dan Shamsiah Fakeh yang juga pimpinan utama PKM telah dibenarkan kembali ke Malaysia dan tinggal di negara ini hingga akhir hayat mereka.

Kenapa pada waktu kedatangan mereka itu, kerajaan boleh terima dengan hati yang terbuka dan langsung tidak mengungkit soal kezaliman PKM. Malah mereka diberikan elaun dan subsidi sara diri pula.

Pembangkang bukan menyuruh atau beriya2 supaya Chin Peng untuk pulang tetapi menerima beliau seperti bekas2 komunis yang lain. Tak timbul pembangkang buta sejarah atau tak memahami keperitan mangsa PKM tetapi atas dasar adil terhadap beliau sama seperti Musa Ahmad dan Shamsiah Fakeh.

Terima kasih

Lenggong Valley said...

terima kasih, tuan...

sila baca terma & syarat yang ditawarkan kepada mereka sewaktu perjanjian pemberhentian keganasan di Haayai tempoh hari.

saya pernah bertanya soalan tersebut dan kini sudah maklum.