Monday, October 12, 2009

Syabas BN di atas perpaduan utk memenangi Bagan Pinang...


Bukan kecik anak majoriti yang diraih oleh Isa Samad di Bagan Pinang.

Apa yang nyata, kemenangan di DUN N31 itu hasil kesepaduan parti komponen, kegigihan pekerja parti dan JUGA jentera komunikasi pro BN, seperti para bloggers melalui Internet dan secara fizikal. Dewasa ini untuk memenangi sesuatu pertandingan politik bukan sekadar bergantung kepada kemampuan gah berpidato oleh elemen-elemen kepimpinan parti, tetapi lebih penting strategi untuk menerang, mempengaruhi dan memenangi minda dan hati pengundi sasaran banyak perlu dilakukan secara konsisten, terutama melalui media siber.

Kini rezeki dan tuah membuka ruang untuk BN/UMNO bernafas seiring cetusan semangat untuk terus berjuang. Tetapi perjuangan bentuk apa? Bentuk lama? Sudah tentu tidak sekali...jendela kepada pelbagai kaedah teknologi kini terbuka, seperti mana pendekatan Dato' Seri Najib berkesan menyentuh suarahati anak-anak muda melalui alam maya. Ia hanya menunggu 'talent', ketajaman fikiran, dan ilmu mendalam untuk bersama melayarkan bahtera BN ke arah kemenangan lebih besar. Semua ini bergantung kepada keikhlasan dan ketelusan kepimpinan dan seluruh ahli.

Kenal pasti resipi di Bagan Pinang selain 'credential' calon, pelajari segala yang tersilap sebagai iktibar dan, insyallah laluan ke arah kejayaan akan luas terbuka...

No comments: