Saturday, October 24, 2009

Semua ada masalah, tapi UMNO ada potensi besar dipulih segera...


Hampir semua parti politik di Malaysia ketika ini dirundung masalah.

Bukan setakat MCA, MIC, UMNO, dan Pakatan saja, malahan si Ibrahim Ali yang bebas tu pun digugat dilema.

Dalam kemelut yang boleh dianggap isu politik nasional ini, kita melihat UMNO satu-satunya parti yang semakin menampakkan potensi 'turnaround' yang pantas dan bertenaga. Hampir semua dalam UMNO pusat termasuk pucuk pimpinan akur dengan imperatif bersatu dan bekerjasama. Hanya satu masalah yang perlu ditangani segera ialah isu perkelompokan di UMNO bahagian dan cawangan. Keadaan masih tidak menampakkan kemajuan ketara walaupun rata-rata seluruh ahli mendengar dan menonton retorik agresif pucuk pimpinan semasa Perhimpunan Agung baru-baru ini.

Seolah-olah apa yang diluahkan pucuk pimpinan sekadar retorik kosong kerana di akar-umbi jika kita sudi meluangkana masa berada di kampung-kampung, kita akan mendapati betapa seluruh ahli masih taksub dengan individu-individu tertentu. Ini menyebabkan mereka yang berada di luar sempadan 'kekeluargaan' ketua bahagian dan cawangan berasa tersisih.

UMNO berpotensi bersatu dan mantap dalam masa terdekat, tetapi hakikatnya apa pulak dengan orang Melayu, amnya? Mereka yang tergolong dalam kategori majoriti sepi semakin jauh terhindar atau meghindarkan diri kerana mual dengan fe 'el pemimpin UMNO bahagian dan cawangan.

Inilah paradoks yang menghantui UMNO...

No comments: