Thursday, October 8, 2009

Nak undi pembangkang di Bagan Pinang? Fikirklah semula...


Hakikat: Dia paling sesuai untuk semua di Bagan Pinang

Apakah itu Barisan Pembangkang atau Pakatan Rakyat? Walaupun ia tidak lain daripada impian yang jauh terbabas daripada realiti, namun ramai yang tertipu dan terus mempercayainya. Apakah kita hairan atau terkejut apabila berlaku pergeseran di antara PAS dan DAP di Selangor, Pulau Pinang dan Perak? Saya minta  para pemimpin PAS fikirkan semula ...apa yang mereka dapat sejak sekian lama bersekongkol dalam igauan ini? Para penyokong kamu tidak letih-letih bergelut dan menyediakan tenaga kerja di setiap pilihanraya kecil, namun selepas itu apa keuntungan yang kamu dapat? Apakah ganjaran yang diberi kepada mereka yang menyokong PAS?

Sejak pilihanraya umum pada 2008, apakah kita menyedari majoriti mereka yang berpaling tadah adalah daripada kalangan parti-parti pembangkang? Ini berlaku di Kedah, Selangor dan di Perak. Ini menunjukkan apa? Pertama, ia jelas membuktikan calon-calon yang mereka pilih tidak dilakukan dengan teliti. Bertolak daripada hakikat ini ada pula angan-angan Anwar Ibrahim pada satu ketika dulu untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan dengan apa yang dilaungkan sebagai tindakan berpaling tadah sebahagian besar orang BN...ia tidak lain daripada pembohongan besar. Masihkah kita ingat dia menjanjikan sebuah kerajaan baru pada September 2008? Habuk pun tak dak, malahan sebaliknya yang berlaku sejak daripada tarikh itu. Saya berani bagi jaminan mereka tahu lebih ramai daripada orang di sebelah sana hanya menunggu untuk cabut lari. Apa yang berlaku dengan sendiri membuktikan keadaan.

Para pemimpin pembangkang terlalu banyak melaungkan janji-janji kosong untuk mewujudkan senario yang kononnya lebih demokratik...tetapi apakah kita tidak dapat melihat apa yang sebenarnya berlaku? Di Selangor, Hassan Ali kini berhadapan dengan ancaman akan dilucutkan jawatan exconya. Ini hanya satu contoh. Di manakah demokrasi yang mereka war-warkan?

Kita jangan lupakan bos mereka yang kini menghadapi perbicaraan di mahkamah bersabit jenayah di luar tabii...dia menggunakan apa saja, termasuk melobi kuncu dan dalang-dalang di barat untuk menunda perbicaraan. Kenapa? Apa yang ditakut sangat tu? Oleh yang demikian, apakah kita mesti menerima seorang pemimpin yang takut untuk menghadapi kenyataan di mahkamah? Apa jenisnya pemimpin seperti ini? ...pemimpin yang sanggup melabelkan apa saja sebagai tidak baik dan jahat apabila mendapati dirinya terancam? Dia melabelkan semua pilihanraya demokratik di negara ini sebagai penipuan...bagaimana agaknya dia boleh menang pilihanraya pada 1982? Apakah dia juga turut menipu dalam pemilihan UMNO, lantaran dia dijulangkan begitu tinggi hingga mencetuskan krisis besar dalam parti dan seterusnya menyebabkan tertubuhnya parti Semangat 46.

Mungkin ramai yang dah lupa semua ini, tetapi saya tidak.

Orang lidah bercabang tidak harus diterima. Mereka merasakan diri sebagai pemimpin, tetapi pemimpin jenis apakah mereka hingga sanggup menaburkan pelbagai janji yang mereka tahu tidak mungkin akan ditepati. Apakah kita perlu mempercayai Nizar jika dia berkata PAS tidak mempunyai rancangan untuk menubuhkan sebuah negara islam? Tetapi baru-baru ini kita terbaca pula bagaimana Nik Azmi tanpa segan-silu berkata semua yang tidak mengundi PAS tidak akan masuk Syurga. Apa kata kita tanya Tok Guru samada kawan-kawan mereka dalam DAP juga tidak dapat diterima untuk masuk Syurga? Macam mana dia boleh tau? Dan kita juga pernah membaca tentang cadangan Karpal Singh supaya Anwar bertaubat...tapi apakah Anwar dah bertaubat? Jika jawapannya tidak, apakah yang akan dilakukan oleh Karpal? Dalam keadaan pincang sebegini, kenapa Karpal masih tidur sekatil dengan mereka yang tak sehaluan dengannnya? Saya berani kata mereka semua hanya berlakon dan hidup berpura-pura. Oleh yang demikian, secara realistiknya, mengapa harus seseorang yang berfikiran waras mengundi untuk orang sebegini? Janganlah biarkan mereka memalukan minda anda...anda lebih pintar daripada itu.

Jika calon PAS menang kerusi di Bagan Pinang, bagi tau saya bagaimana agaknya ia akan menguatkan PAS? Apakah dengan kemenangan satu kerusi ini PAS akan diberikan satu kerusi exco di Dewan Undangan Negeri? Apakah anjakan yang bakal berlaku? Apakah kita inginkan seseorang yang lebih berkesan sebagai wakil rakyat dalam kerajaan negeri, atau apakah kita akan memilih calon yang bersekutu dalam barisan pembangkang yang mandul di peringkat negeri?

Baca rasional memilih Isa Samad sebagai pemimpin unggul di sini...

No comments: