Sunday, October 11, 2009

Ku Li: better for UMNO to lose battle...


Umno veteran, and some say contrarian, Tengku Razaleigh Hamzah has raised eyebrows yet again with a statement that perhaps it would be better for the party to lose at Bagan Pinang.

For the good of the party, the dignity of the Malay community it claims to represent and for the sake of the nationwide reform in governance and politics that we must undergo, it would be better if Umno lost today, and used the loss to begin internal reform,” Razaleigh said in his latest blog posting.

Ku Li is not alone in his anger that the party’s current top leadership chose to select Isa Abdul Samad as its candidate in the Bagan Pinang by-election. Former Umno president Mahathir Mohamad has minced no words on the subject, even offering himself if the party had no other talent.

- Malaysian Mirror


NAJIB KUAT, TETAPI UMNO LEMAH!

Tun Mahathir berkata, “PM Najib memerlukan UMNO yang kuat untuk menentukan kejayaan membangunkan negara dan orang Melayu”, dengan mengesa agar UMNO di peringkat Bahagian diperkukuhkan dan menerima keyakinan rakyat. “UMNO perlu menolak pemimpin yang mementingkan diri sendiri, terutama yang sanggup melakukan politik wang (amalan rasuah) untuk mengekalkan kedudukan masing masing”.

“Hari ini UMNO lemah! Kita kalah dari prestasi paling baik (PRU XI 21 Mac 2004) hingga paling buruk (PRU XII 8 Mac 2008) bukan sebab Pembangkang kuat”, sambil mengesa agar UMNO secara komprehensif, termasuk diperingkat bahagian melakukan proses untuk mengukuhkan kepimpinan dan jentera parti. Beliau percaya sekiranya UMNO diperkukuhkan, sokongan kepada parti komponen BN juga akan meningkat.

Bercakap semasa program 'Suntikan Semangat Satria II' anjuran UMNO Petaling Utama kelmarin, beliau juga menegaskan PM Najib bukanlah seorang pemimpin yang lemah. Namun lima tahun dibawah Kepimpinan PM Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi menyaksikan gejala politik wang menular dan pemimpin hanya mementingkan diri sendiri. PM Abdullah membiarkan diri dipengaruhi oleh orang tertentu, termasuk keluarga terdekat untuk membuat keputusan. Ini termasuk Kepimpinan yang enggan mendengar aspirasi sebenar rakyat tetapi lebih rela mendengar semua dalam keadaan baik belaka, walaupun ianya analisa palsu. “Akhirnya, akar umbi dan rakyat bertindak untuk ‘menghantar mesej’ semasa Pilihanraya Umum (PRU XII 8 Mac 2008)”.

Kelemahan kepimpinan PM Abdullah ini ditafsirkan sebagai ‘keterbukaan’ dan golongan minoriti mengambil kesempatan sepenuhnya peluang yang tidak pernah wujud ini, dan sekali gus  tidak lagi menghormati dan prihatin sensitiviti majoriti dalam permintaan mereka. Oleh kerana PM Abdullah membiarkan UMNO dan BN lemah, maka PM Dato’ Seri Najib mewarisi kepimpinan yang lemah. Beliau terpaksa berkompromi dengan Bukan Melayu walaupun banyak dari ‘pemberian’ ini sebenarnya tidak akan menambahkan sokongan kepada Kerajaan dan/atau BN.

Dalam sessi soal jawab, apabila isu dibangkitkan DAP kini membuka cawangan Melayu, beliau menjelaskan ini berlaku kerana Kepimpinan UMNO lemah dan tidak lagi membawa aspirasi yang rakyat mahukan termasuk orang Melayu, terutama isu keterbukaan dan kepimpinan yang bersih dan mengamalkan hidup keserdehanaan.

Amanat ini penting kerana UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan merupakan bahagian UMNO yang dibelenggu masalah kepimpinan dan dalaman. Ketua Bahagianya Kpt (B) Dato’ Zahar Hashim bertindak keluar dari parti dan menyertai PAS. Difahamkan ianya juga melibatkan kontrak yang melibatkan Eurocopter. Akibatnya satu pertiga AJK Bahagian mengikut beliau dan jentera pentadbiran UMNO bahagian hampir lumpuh, termasuk pejabat bahagian berubah menjadi Markas PAS serta merta dengan tindakan Zahar ini. Semasa keluar parti, Zahar dijangkan akan dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin UMNO...

Dipetik dari BigDog

No comments: