Wednesday, October 7, 2009

Kaitan intim Anwar dengan 'Godfather2' Cina Malaysia



Semasa menjadi Menteri Kewangan, Anwar Ibrahimamat rapat dengan Raja Judi Genting, dan juga 'Godfather' Cina Malaysia, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong.

Anwar akan menghabiskan cuti pendek atau hujung minggu bersama keluarga di Genting Highlands dengan tajaan penuh pihak Genting. Pembantu Khas TS Lim Goh Tong semasa itu, seorang lelaki berbangsa India banyak menghabiskan waktu kerjanya di pejabat Anwar.

Sekarang Anwar giat membantu bekas pembantu khas TS LIm Goh Tong meneroka peluang niaga luar negara. Anwar juga amat rapat dengan pemilik kasino di luar negara, Tan Sri Vincent Tan. Setiap kunjungan Anwar ke luar negara, pastinya TS Vincent akan menugaskan wakil khasnya mengiringi rombongan Anwar bagi menjaga 'kebajikan' mereka. Hingga sekarang pun Anwar masih punyai hubungan dengan kumpulan TS Vincent. Ibu pejabat PKR di Tropicana (sebelah tol Damansara) adalah hasil 'rundingan' Anwar dengan Datuk Danny Tan (adik TS Vincent).

No comments: