Friday, October 2, 2009

Ini warisan kita punya, itu kita punya...apa la...



Apakah yang kalut sangat dengan mendabik dada mengisytiharkan warisan budaya tertentu kita punya?

Orang Melayu di Malaysia mempunyai pelbagai keturunan dan asal usul. Ada yang berumpun di kepulauan gagasan Melayu, ada dari selatan Cina melalui Champa, Indo China dan sebagainya.

Yang penting menamakan Melayu sebagai tamadun di sini (Tanah Melayu) ialah apabila sesebuah masyarakat serpihan Melayu nusantara menubuhkan kerajaan sendiri. Dengan adanya kerajaan sendiri barulah wajar orang Melayu mengenalpasti semenanjung ini sebagai Tanah Melayu.

Kaum pendatang India (dengan budaya Hindu) bertapak di sini tetapi bukan dengan pemaustatinan kerajaan lokal, tetapi sebaliknya kerajaan 'vassal' di bawah naungan empayar-empayar yang berpusat di tanah besar India dan sebagainya. Dan apabila terbina empayar berbudaya Hindu seperti di Lembah Bujang, Bruas dan sebagainya, ia masih lagi tidak boleh dianggap sebagai tamaddun Melayu, tetapi sekadar transferansi pengaruh imperialisme kerajaan Hindu yang begitu meluas ketika itu hinggakan berani menentang Iskandar Zulkarnain di selatan India.

Dalam erti kata sebenar, warisan Melayu yang ditransferansikan dan berkembang sihat menjadi sebati dengan cara generasi seterusnya kehidupan orang Melayu di sini, lantaran membuahkan pelbagai keunikan berasaskan bibit-bibit cetusan asal dari berbagai tempat.

Batik sememangnya wujud di Indonesia, tetapi jauh terdahulu sebelum itu ia juga wujud di India. Lemang wujud di Indonesia, tetapi juga mempunyai variasi tertentu di Malaysia. Laksa wujud di Malaysia, tetapi juga wujud di Singapura. Ketupa pulut daun palas ada di Malaysia, tetapi ia juga wujud di negara Thai. ABC ada di Malaysia, tetapi juga dinikmati dalam pelbagai cara di Indonesia, Filipina, Cambodia, Thailand dan sebagainya.

Kalau nak dikatakan hanya sesuatu negara berhak ke atas budaya yang telah melalui pelbagai variasi dan perubahan hingga nak berperang, apa pula dengan kari yang berasal dari India tetapi mempunyai pelbagai bentuk unik di Malaysia dalam penyediaan hidangan rendang, iaitu rendang hitam, rendang kering, rendang pedas, rendang tok, dan lain-lain? Sama juga dengan kari 300 tahun yang masyhur, iaitu kari unik dalam hidangan Nasi Kandar Pulau Pinang. Nasi Kandar tidak wujud di India, seperti juga mee goreng, murtabak, roti canai, roti bom, semuanya tak wujud di india walaupun masing-masing merupakan variasi melalui inovasi sepanjang zaman. Apakah India nak serang Malaysia kerana menggunakan kari?

Apakah Amerika  Syarikat nak serang Malaysia kerana mempunyai hidangan burger unik, iaitu burger jalanan Malaysia yang kini melalui akhir evolusi hingga ke meja restoran dan hotel bertaraf lima bintang? Apa bezanya pasembur Pulau Pinang dengan rojak Singapura, walhal asalnya serumpun saja. Apakah Republik Rakyat China perlu menyerang Itali kerana memplagiarisasikan penyediaan mee menerusi pengembara Marco Polo, tetapi bila pulang ke Itali terlupa resipi, langsung dia mencipta spaghetti yang kini begitu digemari oleh orang Asia, terutama Cina, walhal ia hidangan ibunda Cina yang telah dilacurkan oleh orang Itali!

Batik Indonesia atau  Batik Jawa tidak pernah lentur daripada populariti, walaupun adakala boleh lentur warna kerana kualiti yang rendah. Bagaimanapun, jika orang Malaysia ke Indonesia, mereka mahu tidak mahu akan berusaha mencari Batik Lepas Indonesia dan pelbagai kreasi batik di sana. Ini tidak bermakna dengan adanya corak batik Malaysia, batik Indonesia dipulaukan.

Akhir kata, apa yang dipertelingkahkan membuang masa saja...ada perkara lebih penting untuk difikirkan.

No comments: