Tuesday, September 1, 2009

Tidak mungkin ada kesaksamaan



Tiada mana-mana kerajaan atau negara di dunia mengamalkan kesaksamaan di antara majoriti dan minoriti. Perkataan majoriti dan minoriti itu sendiri masing-masing membuktikan tiada terdapat apa yang dikatakan sebagai kesaksamaan.

Kita tidak dapat menjadi idealis dan hidup dalam impian. Ini sesuatu yang nyata. Kita tidak boleh  hidup sebagai munafik.

Tunjukkan sebuah negara yang mengamalkan kesaksamaan di antara majoriti dan minoriti. Amerika? Britain?Australia? Apakah kesemua negara tersebut mengamalkan keaksamaan dalam erti kata sebenar?

Tahukah kita semasa berlaku pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi ketika PeranG Dunia Kedua, mereka juga mendapatkan perlindungan di negara-negara Islam? 

Walaupun di terima,penduduk Amerika dan Britain masih mendiskriminasikan orang Yahudi.

Dalam apa jua bentuk kerajaan pihak majoriti yang memerintah! Inilah cara mereka memerintah dan menguruskan negara. Mereka boleh bertindak ADIL, tetapi tidak mungkin bertindak secara saksama dengan kaum minoriti.

Apa yang kita perlukan kini ialah pengurusan yang ADIL. Jika sesiapa dalam kerajaan melakukan jenayah atau mencetuskaan kekacauan, mereka juga mesti dihukum, bukan hanya pihak minoriti.

Hakikatnya, apa yang perlu ialah perlaksanaan yang ADIL dan bukan KESAKSAMAAN.



Bayangkan jika kita seddang berusaha untuk memberi bantuan RM200 kepada dua individu. Jika seorang daripadanya dah pun mempunyai RM50 dalam tangan, dan yang seorang lagi tiada apa-apa langsung, bagaimana mungkin kita agihkan jumlah tersebut? Cara saksama?

1 comment:

Anonymous said...

Pandangan sdra yang bernas. SAKSAMA- satu untuk semua, semua untuk satu adalah fahaman Komunis, kini Komunis gagal. Hanya DAP cuba menghidupkannya semula dengan bantuan Melayu Melayu durjana.