Tuesday, September 22, 2009

SELCAT hanya opportunisme kerajaan Khalid di Selangor


Ramai pegawai daerah di Selangor berasa terhina semasa diarah memberi keterangan berhubung pengagihan peruntukan RM500,000 yang diterima oleh setiap ADUN.Mengikut peraturan semua peruntukan perlu mendapat kelulusan Pegawai Daerah.

Mereka terasa terhina dan berkata imej mereka tercalar apabila mereka ditujukan soalan bertubi-tubi tanpa diberikan peluang untuk memberi jawapan sesuai. Cara SELCAT menjalankan soal siasat amat sangsi kerana mereka sendiri tidak tahu apa yang ingin diungkitkan.

Rata-rata Pegawai-Pegawai Daerah di Selangor berpendapat SELCAT hanya tidak lain daripada opportunisme dan sengaja memalukan pegawai kerajaan di negeri itu.

Disebabkan inilah tujuh Pegawai Daerah memboikot kerajaan negeri semasa sambutan Hari Malaysia Rabu lalu.

No comments: