Wednesday, September 9, 2009

Lim Kit Siang pun akui Pakatan menghadapi kehancuran



   
Lim Kit Siang percaya masa depan Pakatan kini terancam. Pandangannya yang disiarkan di akhbar online My Sin Chiew mendedahkan hakikat tersebut...

Sebagai ahli politik veteran dia mempunyai pengalaman terbukti untuk menyedari apabila sesuatu tak kena, dan sebab musababnya. Selain pelbagai masalaah dalaman, Pakatan Rakyat gagal mencapai kedewasaan dan memenuhi janji-janji yang ditaburkan kepada pengundi. LKY amat bimbang dengan ketiadaan deria kesegeraan di kalangan pemimpin Pakatan untuk menangani krisis, terutama di Selangor.

Ketidakmatangan pentadbiran kerajaan Pakatan di negeri-negeri yang dikuasai mereka kini jelas menampakkan pelbagai kepincangan. Seperti disuarakan oleh Najib Tun Razak, "apabila mereka berjaya mendapatkan kuasa, baru mereka sedar tugas memerintah sesebuah kerajaan bukan mudah berbanding apa yang dilaungkan sebagai suara Pembangkang. Kita dapat melihat rata-rata kini rakyat mula mempersoalkan segala keputusan yang dibuat oleh beberapa negeri pimpinan pembangkang, dan tahap kredibiliti dalam menangani isu tempatan. Kesemua masalah tersebut sejak kebelakangan ini adalah disebabkan ketidakupayaan mereka memegang kepada janji yang dibuat semasa pilihanraya umum lalu serta kegagalan mengambilkira pandangan orang ramai."

Masalah utama Pakatan di negeri-negeri yang dikuasai mereka (kecuali Kelantan) ialah ketidakupayaan mereka meninggalkan mentaliti "pembangkang". Daripada menumpu kepada urusan mentadbir kerajaan, kerajaan-kerajaan negeri kini lebih sibuk dan cenderung cuba mencari kesalahan kerajaan (BN) yang dulu dan melongokkan masalah kepada mereka.

Kit Siang mempersoalkan setelah setahun setengah berlalu, mengapa pelbagai janji yang ditaburkan semasa PRU 12 tidak dapat ditunaikan?

Mengenai isu negara Islam yang menampakkan percanggahan haluan di antara DAP dan PAS, Lim menekankan sekiranya Pakatan berjaya, Malaysia tidak akan menjadi sebuah negara Islam selagi DAP sebahagian daripada Pakatan.

Konsep prinsip dan konsensus ketiga-tiga parti dalam Pakatan menentukan selagi ada percanggahan, parti-parti lain tidak akan melaksanakan sesuatu dasar.

No comments: