Friday, September 25, 2009

'Grand Design' Guan Eng utk Pulau Pinang



Guan Eng sengaja memutar-belitkan fakta apabila mendakwa Pelabuhan Pulau Pinang mengalami kemerosotan 24% dalam pengendalian kontena pada suku kedua tahun ini.

Dakwaan palsu dan melulu oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu disangkalkan oleh Pengarah Urusn Pelabuhan Pulau Pinang Ahmad Ibnihajar.

Apa yang jelas dalam isu ini, Guan Eng sengaja berbuat demikian secara rambang bagi mencetuskan kontroversi untuk membantu merintis jalan menjadikan Pulau Pinang seperti Singapura dan membalikkan status negeri tersebut kepada pelabuhan bebas cukai.

Banyak persamaan boleh diandaikan, terutama setelah Guang Eng dan 'jurutera' politik Pakatan bersekongkol di bawah telunjuk Lee Kuan Yew untuk memperkasakan Pulau Pinang.

Dalam pada itu, pelan memperkasakan ekonomi dan status yang dilakarkan untuk Pulau Pinang mahu tidak mahu, akan menghimpit keluar orang Melayu yang kebanyakannya masih hidup di bawah paras rasmi kemiskinan...

1 comment:

syaifulz si pedang said...

Inilah yang dimahukan oleh orang melayu PP sendiri secara tak sedar yang menyokong penuh PR ketika GE12 untuk kaleh kerajaan pimpinan BN dahulu..memang diakui ada salah dan silap pernah dilakukan oleh kerajaan terdahulu, tetapi masih lagi bernyawa orang melayu khusus di bahagian pulau, dulu wlaupun orang depa pegang ketua menteri tapi majority terletak pada UMNO atau lebih tepat Melayu nak lagi2 tepat orang Islam, masih lagi ada ruang dan peluang untuk orang melayu bersuara pendapat, bekeras tentang hak dan menjawat beberapa jawatan penting dalam perbadanan/majlis negeri. Tetapi lihatlah sekarang KESAMARATAAN yang dilaungkan oleh pemimpin PR yang tak serupa bikin, sendiri boleh tengok sapa yang pegang tampuk kuasa ekekutif sebagai decision maker dalam badan2 yang penting dalam negeri?? Melayu ke yang majoritinya?MeLAYU, Cina, India semua sama dulu tu la yang diriuh oleh depa, si melayu telan percaya bulat2..kahkahkah..kalu sama tinggi sama rendah saksamanya kenapalah ada jurang jawatan yang cukup ketara dalam perbadanan seperti contoh dalam PDC, p usha tengok sapa duk kat kerusi empuk tu sekarang, orang depa jugak, sapa duk bekerja bawah dia, melayu la pekerja melaksanakan arahannya…alahai melayu..Mana dia wakil melayu PKR atau PAS untuk menyoal semua perkara ni, hm.. diam seribu bahasa la..
Aku dah teramat meluat dengan sikap yoyo melayu PP,tapi bukanlah semua mcm ni..depa ni tak pernah nak bersatu hati untuk menjadi kuat seia sekata senada sesuara, tak sedar diri tu minority aja kat penang ni.. Cubalah jangan berpecah dan bersatu dalam satu bumbung walaupun suka atau tidak akan parti tertentu namun suara anda dengar juga, ni di satu pihak PAS, ada PKR, ada UMNO, yang atas pagar lagi la ramai..mcm ne tak kena kencing ngan depa….. Negeri ini hanya memerlukan naungan sebuah parti untuk melayu, barulah melayu sendiri akan diangkat. Tak payahla duk hehmoi ketidakpuasan hangpa tu dengan PR buat rugi diri aja.
Depa mcm ne lain2 parti dan ideology pun bila kena orang depa, depa bersatu pakat ramai2 berjuang nasib pembelaan orang depa.Kita? tepuk dada Tanya selera..
Berubahlah melayu PP, bersatu kita teguh…Masih belum terlambat untuk bangkit..