Sunday, September 6, 2009

Apabila kerajaan negeri setengah masak.


Krisis yang melanda kerajaan Pakatan negeri Selangor berikutan isu pemindahan kuil ke Seksyen 23 Shah Alam masih tidak menampakkan penghujung.

Apa yang liat dan tegar sangat si Menteri Besar Khalid Ibrahim ni? Apakah dia ingat sentimen berbahaya  yang tercetus sejak kebelakangan ini dapat dilenyapkan dengan sekadar menyeru supaya semua pihak bertenang? Tak mungkin.

Dahlah MB sendiri tak ketentuan dalam menangani masalah, keadaan menjadi lebih kritis apabila mendapati  exco-exco negeri yang tidak berkewibawaan menghadapi kenyataan. Sebelum ini mereka begitu macho dan lantang meneriakkan pelbagai slogan dan mantera kononnya akan  membawa pelbagai kebaikan kepada rakyat Selangor...sekarang apa dah jadi?

Isunya di sini bukan siapa yang salah dan siapa yang benar. Yang penting ialah di mana kewibawaan kepimpinan Khalid Ibrahim dan exco-exconya bagi menangani masalah tersebut?

Selangor negeri paling maju di Malaysia, tetapi cara kerajaan pimpinan Khalid dan konco-konconya menjalankan pentadbiran hanya akan membawa kepada keruntuhan dan kehakisan kredibiliti.

Undur sajalah...

No comments: