Tuesday, August 18, 2009

Sikap orang UMNO di Permatang Pasir amat dibanggakan...


Posting dari lokasi oleh blogger Pakatan, Zorro Umasked ini perlu direnungi semua, terutama gerombolan haprak (guna perkataan Penang, le...) yang tak habis-habis berkelakuan buruk semasa berkempen.


Kelmarin apabila Zorro dan dua lagi rakannya mendapati diri mereka tersilap berada di sebelah kumpulan BN, orang UMNO dengan senyuman memberitahu mereka tentang kesilapan itu. Zorro dan rakan-rakannya bergegas dari situ dan menuju ke sebelah di mana penyokong Pakatan berkumpul.

Dalam perjalanan mereka melihat satu adegan memalukan apabila seorang ahli Puteri UMNO yang juga tersilap lokasi, diejek, dicaci dan dicabar oleh kumpulan Pakatan tersebut.

Siapa samseng?

Syabas orang UMNO di Permatang Pasir!


No comments: