Friday, August 7, 2009

Ronnie melampaui batas


Exco DAP seperti Ronnie Liu berkelakuan macam samseng (mungkin dah memang samseng). Setaraf dengan statusnya sebagai exco dia sepatutnya menggunakan kuasa melalui rundingan dengan pihak atasan, dan bukan mencampuri tugas pelaksanaan dan penguatkuasaan di peringkat implementasi.

Penafsiran kebenaran menjual alkohol di premis kawasan majoriti Muslim tidak boleh diertikan secara literal seperti yang difahami oleh Ronnie.

Dalam setiap akta, skop penafsiran dan terjemahannya perlu dilakukan secara meluas dgn mengambil kira keadaan masyarakat dan impak. Pendekatan ini jarang sekali terdapat pada peguam, aktivis dan ahli politik generasi muda yang belum masak mengerti pelbagai spektrum warna kehidupan.

Hanya pengalaman yg lama dan meluas dapat menentukan minda yang waras. 

No comments: