Thursday, August 13, 2009

Nik Aziz membisu apabila Islam dihina


Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak membantah apabila segelintir pemimpin DAP menghina Islam kerana parti itu bukan parti Islam dan kefahaman mereka terhadap Islam mungkin tidak mendalam.

Beliau sebaliknya menyalahkan sikap pemimpin Islam yang menolak ajaran Islam sehingga agama itu tercemar dan telah disalah ertikan kesuciannya oleh mereka yang bukan Islam.

"DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," katanya kepada pemberita di sini hari ini ketika diminta mengulas tindak tanduk beberapa pemimpin DAP kebelakangan ini yang dilihat menghina Islam.

Nik Aziz berkata untuk meningkatkan kefahaman DAP terhadap Islam, Pas sebagai rakan kepada DAP dalam pakatan pembangkang, mengambil pendekatan memberi penerangan kepada pemimpinpemimpin parti itu supaya mereka lebih memahami Islam.

"Kita mendekati mereka melalui forum, wacana dan perbincangan," katanya.

Nik Aziz juga mempertikaikan tindakan pihak tertentu yang melabelkan penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat.

Sebaliknya beliau berkata perkara yang patut dipertikaikan adalah jika berlaku kepincangan dalam pelaksanaan dasar PKR dan bukannya membuat serangan peribadi.

"Kenapa nak serang batang tubuh orang. Sepatutnya seranglah dasar PKR. Saya rasa malu dengan orang Melayu sekarang yang menyerang batang tubuh orang," katanya.

BERNAMA

1 comment:

AnTi AljUbuRi said...

Betul sungguh pandangan tok guru itu, bukankah DAP tu bukan Islam, tentu mereka itu tidak faham dan menentang Islam .. Apakah kau tidak pernah dengar tok guru buat wancana, forum dan perbincangan dengan mereka? pasal itulah beliau keluar masuk dari kuil ke satu tokong !!! Hasilnya ramailah mereka faham Islam, semenjak 12 tahun memerintah Kelantan berduyun duyun orang kafir masuk Islam sehingga wat siam dan kuil buddha semakin kecil dan hilang dari pandangan, sehingga orang kristien pun sudah boleh guna ayat al Quran untuk berceramah pada orang PAS! Tok guru itu jiwanya halus, hingga gugur air matanya bila mendengar Amy Search menyanyi, menyentuh jiwa, menginsafkan gamaknya. Tak ada kah ahli PAS yang nak berguru dengan Amy Search macam program mentor TV 3?? Itu baru Amy Searh, kalau Micheal Jackson yang datang masa tu, munkin tok guru akan meraung terguling guling kerana sentuhan jiwa yang meningkatan takwa!!!

Selama ini tok guru tak pernah menyentuh peribadi, yang penting dasar parti. Kerana ada dasar parti umno yang mengatakan penolakan terhadap Islam, sebab itulah tok guru bermusuh dengan umno tetapi dia sangat intim dengan Najib. Dasar parti PKR bukankah baik, mahu kepada Islam, tak kisahlah kalau penasihatnya dikaitan dengan beberapa kes liwat dan sumbang bini orang!! Sebab itulah dia tak kisah dengan dasar Islam partinya kerana dia lebioh beriman dengan daasar PKR. Tak pernah pun kita dengar tok guru menentang dasar PKR sebagaimana dia tak pernah menentang dasar DAP, kalau dasar mereka salah tentu dia sudah menegurnya, tapi tak pernah pula kita mendengarnya!!. Batang tubuh tak jadi hal, asalkan dasarnya betul, kalau iblis nak tolong kita tumbangkan ameno maka wajarlah kita berkawan dengan iblis, lagi pun dulu iblis tu bukankah jenis makhlok yang paling alim dan paling taat!! Tak payahlah kita nak a'uzubilallh lagi dari syaitan yang sudah nak jadi kawan kita.

Sebelum dia nak terus menyalahkan umno atau mahathir yang menolak hudud PAS tempoh hari, suruh dia tanya PKR yang jadi sekutunya itu .. mahukah mereka melaksanakan hukum hudud dan membentuk negara Islam?? Tak payah tanya DAP pasal mereka tak tahu hukum kerana mereka itu kafir, kita kena akur jer. Apakah tok guru sudah lupa bagaimana anu war mencemoh tok lebai PAS dalam perjuang mereka sebelum 1998? Apakh au war sekarang sudah mahu pada Negara Islam atau sekadar mahu jadi Umar abd Aziz tapi mahu terus sembah tok pekong?? Apakah tok guru boleh menerima dasar PKR? Apa bezanya dasar PKR dengan dasar BN?? Mengapa tok guru boleh tolak umno tetapi terima DAP??

Tok Guru ku ini sudah pikonkah atau hanya terhidu bau arak... hingga maboknya mengalahkan orang yang minum segantang todi!!!