Monday, August 17, 2009

Ahli politik bagaikan malaikat, kot?



Pekeliling kerajaan negeri Selangor menentukan lokasi dan waktu di mana pegawai-pegawai negeri dibenarkan untuk disoal siasat kini tidak lagi sah berikutan pengisytiharan Pejabat Peguam Negara.

Bagaimanapun, setelah menyorot situasi disebalik senario tersebut, blogger ini rasa terpanggil untuk mempersoalkan isi hati setiap ahli politik, tidak kira samada BN ataupun Pakatan.

Kita sering terbaca laporan penahanan ahli politik bersabit tuduhan/penyiasatan dakwaan rasuah. Takjubnya rata-rata mereka semuanya mengaku tidak bersalah belaka.

Apakah mereka semuanya malaikat? Mungkin kerana berdasarkan sistem kanun jenayah, mereka dinasihatkan oleh peguam masing-masing supaya berbuat demikian. Jika betul-betul mereka melakukan apa yang dituduh sekali pun pihak peguam akan meminta mereka menafikannya. Ini bagi memudahkan pembelaan mengenepikan tuduhan dengan apa cara sekali pun, termasuk mencari sebab-sebab berdasarkan kesilapan teknikal.

Pemikiran begini yang selari dengan budaya pembelaan di bawah undang-undang, jika dilihat dari satu perspektif jelas amat pincang, tetapi apakah alternatifnya kerana seseorang itu hanya boleh dihukum jika terbukti bersalah.

Fikir-fikirkanlah...

No comments: