Wednesday, July 29, 2009

Selsema Babi: jangan diambil ringan



Walaupun timbul pelbagai reaksi berhubung wabak besar (pandemic) Selsema Babi kini, termasuk kononnya ada konspirasi yang sengaja diada-adakan oleh syarikat pengeluar vaksin bagi penyakit tersebut, namun apa yang nyata wabak itu bukan lagi boleh diambil ringan.

Bilangan yang menjangkiti penyakit tersebut semakin memuncak dan kematian pula kini mencecah tiga orang - satu kes tempatan dan dua kes impot.

Sikap sambil lewa ramai rakyat Malaysia terhadap perkara ini amat menyedihkan, hinggakan ada yang menganggap ia sekadar selsema biasa...

No comments: