Tuesday, July 7, 2009

Rumah Khir Toyo: Mereka menangguk dlm kegelabahan...


Isu rumah Khir Toyo mempunyai agenda lain.

Sebenarnya kebanyakan orang tak ambil pusing kalau dia nak miliki istana sekali pun. Niat mereka hanya utk melakukan 'character assasination' terhadapnya dan kerajaan, amya, dan sekali gus menunjukkan kepada rakyat kononnya pemimpin Melayu terlalu korup. Jika isu ini dilayan akan dibangkitkan lagi isu lain. Salah ke Melayu membeli rumah mewah?

Khir pula sepatutnya jangan melenting. Apa yang dipinta ialah penjelasan bagaimana dia mampu memiliki rumah tersebut.Mengaku saja tapi tak payah ugut nak saman...

Mereka mensasarkan Khir kerana dia begitu lantang. Mematahkan kelantangannya bermakna membunuh satu lagi suara orang Melayu yang berani.

Mereka tiada bukti korupsi tetapi sekadar ingin mecari elemen tersebut dalam kegelabahan yang berlaku...dengan membongkar perkara ini mereka juga inginkan supaya orang Melayu turut tertanya-tanya - lantaran memarakkan api yang dinyalakan...

No comments: