Tuesday, July 7, 2009

Perpaduan umah dituntut dalam Islam...


Orang Melayu, khususnsya Islam
akan hilang hak di negara ini sekiranya terus dibiarkan perpecahan menular di kalangan mereka.

Ini kerana perpaduan amat dituntut dalam Islam, dan senario politik berpuak yang dilihat sekarang ini begitu bercanggah dengan ideal tersebut.

Ini ditekankan oleh Mufti Perak, Harussani Zakaria baru-baru ini apabila berkata
umat Islam perlu melihat kembali dua perkara utama dalam ajaran Islam iaitu rukun iman yang menyentuh kepada pembentukan sahsiah, manakala rukun Islam berkait rapat dengan pembentukan masyarakat Islam.

Antara lain, apa yang dimaksudkan, kegelojohan orang Melayu/Islam merebut perkara yang membabitkan kebendaan akan membawa kepada perpecahan.

Jangan sampai perbezaan itu boleh memberi kesan kepada perpecahan masyarakat. Itulah sebabnya perbezaan pendapat perlu disalurkan melalui perbincangan supaya permasalahan itu diselesaikan dengan cara yang baik.

No comments: