Monday, July 13, 2009

Ombak besar kedua utk mengkucar-kacirkan negara...



Risalah nampaknya telah begitu cepat disebarkan oleh ahli-ahli Student progressive Front, SPF (Cina) di USM pada 13hb Julai 2009 di sekitar kampus, khususnya ditujukan kepada semua pelajar tahun 1 dan tahun 2...Maklumat lanjut : Khaw Seng Hean 0164045348, Ng Chee Wei 016-4424231 e-mel spfusm@gmail.com. Blog :  http://himpunanmansuhisa.wordpress.com. Risalah tersebut hari ini juga didapati tersebar luas di kawasan lembah Kelang.

Kandungannya meminta sokongan mantap dalam rancangan himpunan mansuh ISA pada 1 Ogos 2009 pada pukul 2 petang di Kuala Lumpur. Agenda termasuk desakkan memansuhkan ISA, pembebasan tahanan ISA dan penutupan Kem Kamunting.

Apakah tujuan di sebalik hebahan propaganda sebegini? Tidak lain untuk menanam syak wasangka dan perasaan buruk dalam pemikiran pelajar.

Dalam menghadapi cabaran kancah konflik/krisis, nampaknya badan-badan yang menjadi pemangkin gagasan Pakatan sedar kekecohan perlu sentiasa dididihkan di kalangan masyarakat awam. Dalam erti kata lain, apabila sesuatu yang buruk berlaku, ia akan dipersalahkan kepada pihak kerajaan.

Apakah ini yang kita perlukan sekarang? Sekarang tengok siapa sebenarnya yang sukakan huru-hara?

No comments: