Friday, July 17, 2009

Kes Teoh Beng Hock



Semakin meluat kita tengok pihak-pihak yang tanpa berfikir panjang terus melemparkan pelbagai tuduhan terhadap kerajaan berhubung kematian Teoh Beng Hock di Shah Alam.

Dalam pada itu kita lihat akhbar arus perdana berbahasa Cina seperti Sin Chew Daily terbabas daripada landasan etika kewartawanan apabila sengaja menyiarkan bermacam artikel, sorotan, hingga kepada hadiah sajak berhubung kematian bekas Setiausaha Politik DAP itu.

Mengapa begitu mudah mengambil pendirian yang nyata berat sebelah walhal siasatan sedang dijalankan?

No comments: