Thursday, July 9, 2009

Kerajaan Pakatan Selangor semakin teruk...


Azmin Ali hari ini bertindak di luar protokol parti apabila mengecam dasar-dasar pentadbiran negeri yanag diterajui partinya sendiri, Pakatan Rakyat. Sehubungan itu dia menggesa supaya disusun semula Majlis Eksekutif pimpinan Menteri Besar Khalid Ibrahim.

Ahli Parlimen Bukit Antarabangsa itu berkata para Ahli Majlis Eksekutif Kerajaan kini terlalu besar kepala  dan enggan mendengar pandangan orang lain.

Azmin berkata dia menerima banyak aduan daripada kalangan komuniti perniagaan berhubung kelewatan melampau  dalam proses kelulusan. Ini, menurutnya, menyekat pertumbuhan ekonomi di Selangor.

Katanya, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri yang sepatutnya membantu dalam proses meluluskan lesen kini bertukar menjadi sebuah mahkamah yang juga menjalankan penyiasatan dan pendakwaan.

Dia turut mengecam dasar perlombongan pasir yang didakwanya hanya mampu meraih keuntungan RM4 juta walaupun Menteri Besar meramalkan perolehan sejumlah RM150 juta tahun lalu.

Azmin juga mengkritik perlantikan ahli majlis perbandaran (PBT). Menurutnya proses tersebut dilakukan secara tangkap muat tanpa penelitian terlebih dahulu. Ada di antara ahli yang dilantik kerana mereka rapat dengan ahli Exco, sementara yang lainnya tidak berkelayakan.


Blogged with the Flock Browser

No comments: