Friday, June 26, 2009

Wartawan TV swasta di Malaysia bagai 'robot?'


Sejak stesen TV swasta pertama dilancarkan pada 1984, kita masih lagi disogokkan dengan bahan berita luar negara yang seringkali diambil bulat-bulat dari senarai bahan 'wire' services dari luar negara.

Seringkali bahan-bahan tersebut, walaupun disunting, masih menggunakan kandungan beroerientasikan perspektif editor barat/asing yang menyusun bahan-bahan tersebut terlebih dahulu.

Jika mereka melabelkan sesebuah pergerakan pejuang Islam sebagai pengganas', stesen di sini akan ikut juga...jika negara Islam di labelkan sebagai 'rejim', mereka pun turut sama...semua ini dilakukankan tanpa penghayatan dan pertimbangan dari dalam diri sendiri.

Bilik-bilik berita TV swasta (dan kadangkala RTM juga) perlu lebih berhati-hati dalam hal ini.

No comments: