Sunday, June 28, 2009

Menghormati Negaraku - hanya si bahlul membantah arahan supaya jurugambar tidak mengambil foto...



Arahan Datuk Rais tidak membenarkan jurugambar mengambil foto/video semasa Negaraku dimainkan memang sesuatu yang tepat sekali.

Msia Today dan beberapa blog anarkis tidak berlengah menyiarkan puluhan komen mengecam tindakan tersebut. Hampir kesemua memperlekeh arahan itu dengan memberikan pelbagai alasan cetek.

Telah begitu lama jurugambar tidak mengendahkan keperluan ini hinggakan ia diterima tanpa soal oleh banyak pihak - hinggalah Rais menilai kembali keadaan dan bertindak.

Arahan ini, walaupun dianggap kecil, antara langkah ke arah memupuk semangat 1Malaysia.

Kepada mereka yang mengecam arahan tersebut, sila baca peraturan berikut di Amerika Syarikat berhubung cara menghormati lagu kebangsaan negara itu:

'"United States Code, 36 U.S.C. § 301, states that during a rendition of the national anthem, when the flag is displayed, all present except those in uniform should stand at attention facing the flag with the right hand over the heart; men not in uniform should remove their headdress
with their right hand and hold the headdress at the left shoulder, the hand being over the heart; and individuals in uniform should give the military salute at the first note
of the anthem and maintain that position until the last note; and when the flag is not displayed, all present should face toward the music and act in the same manner"

No comments: