Tuesday, June 9, 2009

Masalah masyarakat India - muhasabah diri amat perlu...


Bagi sebuah komuniti yang kecil, masyarakat india Malaysia
jelas kini mempunyai terlalu banyak kumpulan dan parti yang
kononnya memperjuangkan nasib mereka. Enam lagi badan sedang
menunggu kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan untuk menubuhkan
parti.

Begitu banyak pihak untuk menjuarai hanya 8% drpd 27 juta
rakyat msia. Apa jadahnya? Dan dalam pada itu hampir kesemua
parti tersebut digugat masalah perebutan kuasa dalaman.

Sementara masyarakat india di akar umbi dirundung
kebimbangan tentang isu biasiswa, peluang pekerjaan dan
masa depan, para pemimpin mereka pula lebih cenderung
berpolitik.

Setelah pintu kini lebih terbuka untuk kaum itu menyerlahkan
diri melalui pelbagai bentuk saluran suara, penyakit yang
sama masih mencengkam.

Oleh yang demikian, perlulah dinilai semula apa sebenarnya
punca masalah masyarakat India? Jika sebelum ini mereka
menyalahkan UMNO dan kerajaan BN, kini apa yang terbukti?
Puncanya dlm masyarakat mereka sendiri.

1 comment:

pakcik said...

takyah peduli..jaga bangsa kita bangsa melayu sebaiknya..mereka nak berpolitik untuk dapat kedudukan..biarkanlah..