Tuesday, June 23, 2009

KERAJAAN PERPADUAN : ANTARA BONEKA DAN KUDA TUNGGANGAN


Walaupun ramai yang mungkin berasa hairan dengan sikap dan tindak tanduk pemimpin

PAS kebelakangan ini , tetapi bagi yang mengikuti perkembangan PAS sejak penubuhan nya

pada tahun 1951 oleh Haji Ahmad Fuad bekas AJK Biro Agama UMNO yang juga Pengerusi pertama

Persatuan Ulama Malaya setelah kekalahan beliau merebut jawatan Presiden UMNO menentang

Tunku Abdul Rahman , PAS tidak pernah konsisten di dalam perjuangan mereka dan bagi pemimpin

PAS, matlamat menghalalkan cara. Walaupun ulamak PAS sering berkhutbah, berceramah menggunakan

Ayat Quraan dan Hadis tetapi tingkah laku mereka tidak lebih dari apa yang di firmankan Allah di dalam

Surah Al Mukminun ayat 53 , Maksud nya "… mereka menjadikan agama ( memperalatkan agama )

untuk tujuan berpecah belah dan berpuak puak sehingga menjadi beberapa pecahan ( parti parti ).

Masing masing puak (parti ) pula berbangga dengan apa yang ada di sisi mereka.." Tidak heran lah sejak

dari pilihanraya pertama ,1955 di mana PAS hanya menang satu kerusi melalui Haji Ahmad Tuan Husin

hingga lah PRU 12 di mana buat pertama kali dalam sejarah PAS berjaya memenangi 23 kerusi setelah

menjadi kuda tunggangan kepada rakan yang telah menikam mereka sebelum ini.

PAS merupakan satu satu nya parti politik yang tidak pernah membuat kesilapan berbanding dengan

BN kerana sejak tahun 1951 hingga sekarang kecuali 4 tahun dari 73 ke 77 semasa bersama BN kerana

PAS tidak pernah berbuat apa apa. PAS tak pernah bina mesjid, bina sekolah, bina hospital, bina apa

apa kemudahan , termasuk memberi biasiswa atau pinjaman pendidikan selain dari mengutip tabung

jihad untuk kepentingan para pemimpin mereka yang tak pernah di odit. Hampir keseluruhan wakil

rakyat PAS termasuk PKR mendapat pendidikan hingga ke luar negara tidak seorang pun di biayai

melalui tabung pendidikan PAS, sebalik nya mendapat faedah dari program yang di rancang oleh

kerajaan BN yang tidak pernah membeza antara orang PAS dan bukan PAS. Malah ribuan anak orang

PAS walau pun ibu bapa mereka mencaci apa yang di buat oleh BN , mereka berebut rebut untuk

memastikan anak mereka mendapat tempat di MRSM, Sekolah Asrama Penuh dan program ke luar

negara. Alasan mereka razeki anak mereka ini kurniaan Allah dan tidak perlu berterima kasih. Mereka

ini lupa kepada Hadis Rasulullah , riwayat Ibnu Abi Dunya yang bermaksud , " Sesiapa yang tidak

berterima kasih kepada manusia ( yang membuat kebaikan kepada nya ) ia di anggap tidak bersyukur

kepada Allah ." Sikap yang menggangap semua perkara datang langsung dari Allah sementara manusia

tidak ada hubungan langsung ada lah fahaman Jabbariah. Aneh nya dalam kes kerajaan Perak yang

sememang nya ketentuan Allah untuk menaik dan menjatuhkan pemimpin , tidak pula gulungan ini

menerima dengan hati yang terbuka. Malah bila keputusan mahkamah memihak kepada mereka,

di anggap adil, sebalik nya bila memihak kepada BN mereka menuduh hakim berat sebelah. Akhir nya

ada pemimpin mereka yang sanggup melakukan perkara yang tidak pernah di lakukan oleh mana mana

ahli Parlimen sebelum ini dengan kempen untuk membubarkan DUN Perak sedangkan dalam PRU 12

walau pun DUN Kelantan hanya punya 2 kerusi majority, kemudian menjadi 1 kerusi majority selepas

kekalahan PAS di pilihanraya kecil Pengkalan Pasir, penyokong UMNO tidak pernah melakukan perkara

tidak senonoh untuk meminta pembubaran DUN Kelantan. Seharus nya pemimpin dan penyokong PAS

merujuk kepada sepotong Hadis Nabi SAW , " Tidak berhimpun umat ku atas kesesatan, bila berlaku

perselisihan hendak lah kamu mengikut gulungan yang terbanyak. " Antara PAS 6 kerusi dan UMNO

27 kerusi, seharusnya berpandukan hadis ini, pemimpin PAS harus menunggu PRU 13. Apa tah lagi

pemimpin tertinggi mereka di Perak pernah menjadi Pengarah Agama di JPM. Yang jelas nya pemimpin

Islam dalam PAS lebih rela menjadi kuda tunggangan DAP dari bekerjasama dengan UMNO, takut

kalau kalau dijadikan boneka.

Soal lompat melompat, pancing memancing wakil rakyat sebenar nya di mulakan oleh PAS sendiri.

Pada tahun 1959 dengan isu kafir mengkafir dan menuduh UMNO berkongsi kuasa dengan orang

kafir dari MCA dan MIC , pemimpin PAS berceramah dengan Surah Al Imran Ayat 28 yang bermaksud,

"….. Jangan lah orang beriman mengambil orang kafir menjadi pemimpin atau teman rapat dengan

meninggalkan orang beriman…" tanpa membaca keseluruhan ayat berkenaan. Akhir nya PAS menang

di Kelantan dan Terengganu. Di Terengganu mereka menang 13 kerusi, Parti Negara 4 dan UMNO 7.

Pada 24 Julai 1961 PAS berjaya memancing ADUN UMNO Ismail Abas ( Langkap ). Tetapi pada 22

Oktober 61 oleh kerana PAS mungkir janji dengan tidak melantik ADUN Parti Negara menjadi EXCO

Tanah, 3 ADUN PN melompat ke Perikatan. Setelah ADUN mereka sendiri sedar sikap pemimpin PAS,

akhir nya bila Tuan Guru Kadir Mohamad ( Kuala Terengganu Tengah ) dan Tuan Guru Wan Said

Mohd Nor (Kuala Besut) menyeberang ke Perikatan , empat lagi ADUN PAS turut serta , akhir nya

kerajaan PAS pimpinan YAB Mohd Daud tumbang pada 30 Oktober 61. Pada tahun 1973 setelah

merujuk kepada ulamak ulamak yang tidak berkepentingan seperti Tuan Guru Haji Md Nor Teliar,

Tuan Guru Haji Md Nor Selising dan Tuan Guru Haji Omar Daud, PAS bersetuju untuk mengadakan

pakatan dengan Perikatan di mana terbentuk nya kerajaan campuran di Kelantan dan terdaftar lah

BN pada bulan Jun 1974. Sekali lagi Nik Aziz mengeluarkan fatwa . " Mengenai kerajaan campuran ada

lah harus dan di tarjih oleh Kongress. Malah semasa meujudkan Barisan Alternatif 1999, Haji Hadi

sendiri dalam Amanat Haji Hadi berkata , " di haruskan bertahaluf dengan bukan Islam yang bersikap

baik walau pun ada sahabat mereka yang secara terang terang menentang Hudud, yang sehingga

hari ini isu Hudud terus di lupakanoleh Kerajaan Islam Kelantan.

Soal tikam menikam dalam parti perkara biasa kerana bukan sahaja PAS kena tikam malah PAS juga

sering menikam dari belakang. Pada pilihanraya 1982 misal nya PAS mengadakan pakatan dengan

DAP dan ABIM untuk menjatuhkan BN selain dari menggunakan isu kafir mengkafir. Malang nya bila

bila pemimpin ABIM yang pernah pijak bendera UMNO mengistihar masuk UMNO pada 15 April 82

PAS sekali lagi menggigit jari dengan hanya memenangi 5 kerusi Parlimen. Tanpa serik PAS sekali lagi

menggadai maruah dan menjadi kuda tunggangan pada pilihanraya 1986 bila PAS mengadakan

pakatan dengan PSRM, SDP, DAP dan Majlis Perundingan Cina ( CCC ) di mana DAP menang 24 kerusi

sebalik nya PAS menyamai rekod tahun 1955 dimana hanya 1 kerusi yang di menangi Nik Aziz yang

jarang bercakap di Parlimen ketika itu. Mungkir janji kepada pemimpin PAS satu perkara biasa. Contoh

yang jelas pada pilihanraya 1990. Walau pun telah di adakan perjanjian dengan Semangat 46 , sekira nya

kedua dua parti menang di Kelantan, Menteri Besar milik PAS tetapi Timbalan Menteri Besar di serah

kepada S46. Tetapi selepas sahaja di istihar menang, kedua dua jawatan di bolot oleh PAS. Hanya

selepas protes ,di ujudkan jawatan TMB 11 yang tidak berfungsi di serahkan kepada YB Rozali Ishak ,

tetapi banyak jawatan di peringkat Majlis Bandaran, Majlis Daerah di bolot oleh PAS. Malah banyak

kawasan DUN di Terengganu , Kelantan dan Kedah berlaku pertandingan 3 penjuru ekoran gelagat

pengikut PAS yang tidak berpegang kepada janji, walau pun sebahagian besar belanja pilihanraya

di biayai oleh Semangat 46. Kepada PAS, apa sahaja yang menguntungkan mereka, soal moral, soal

halal haram sudah tidak lagi menjadi pertimbangan. Mereka sering memaki hamun pemimpin UMNO

dalam ceramah tetapi bila pemimpin mereka di tangkap khalwat pada tahun 1995, pemimpin tertinggi

mereka berdiam diri.

Ramai juga yang lupa bahawa di dalam pakatan pembangkang majority terdiri dari mereka yang pernah

memegang jawatan tinggi seperti Setiusaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri, SUPOL Menteri

Kewangan, SUPOL Dato Syed Hamid, SUPOL Tan Sri Mahyudin dan sebagai nya. Sebahagian besar dari

mereka menjadi kaya raya menguasai syarikat syarikat seperti Sabah Shipyard, anak syarikat Berjaya,

Phileo dan sebagai nya. Malah semasa pasaran saham melambung 1993 – 1994 ada di kalangan mereka

ini yang menyewa keseluruhan Suite di Concorde Hotel selama 6 bulan dan ada di kalangan pemimpin

ABIM yang mendapat kontrak berbilion ringgit di samping memiliki saham terpijak HICOM, Tenaga,

Telekom, Petronas Gas tidak termasuk peruntukan 30% Bumiputra yang mereka rompak dengan

rakus nya. Dizaman ini lah ada orang orang ABIM yang menjadi pengunjung tetap Twin Club, Seven

Avenue, Deluxe dan sebagai nya. Tak kurang juga yang berkahwin mutaah dengan GRO. Aneh nya

mereka ini lah sekarang bercakap tentang kerajaan bersih, kerajaan alternative dan sebagai nya.

Syukur kepada Allah dengan terkeluar nya musang berbulu ayam dari dalam UMNO, parti ini menjadi

bertambah kukuh dan biar lah mereka terus bermimpi di siang hari, kerana akhir nya rakyat boleh

menilai antara parti retorik dan parti yang walau pun tidak seratus peratus sempurna tetapi hakikat

nya dari sebuah masyarakat yang daif kini menjadi sebuah negara yang di segani. Tetapi sebalik nya

jika ada yang ingin mempertaruhkan masa depan anak cucu mereka di tangan mereka yang pernah

menjadi perompak tunggu lah saat kehancuran seperti pesan Rasulullah SAW , " Jika sesuatu urusan itu

di serah kepada bukan ahli nya, maka tunggu lah saat kehancuran nya . " Riwayat Al Buhkari.

Perbuatan tidak senonoh seperti yang berlaku semasa pembukaan Parlimen baru baru ini serta

tingkah laku penyokong PAS berbaring di tengah jalan menyekat kenderaan DYMM Raja Muda

Perak beberapa bulan yang lalu membuktikan betapa pemimpin PAS begitu gila kuasa sehingga

mereka lupa bahawa mereka hanya punya 6 kerusi berbanding BN 28. Oleh kerana empat parti

bertanding menggunakan symbol berbeza dan pakatan pembangkang bukan satu parti yang

berdaftar seperti BN, seharus nya BN lah yang kehadapan menubuhkan kerajaan. Tapi sebagai

orang Islam yang taat kepada Ulil Amri seperti yang di perintahkan oleh Allah, UMNO menghormati

keputusan DYMM Sultan Perak. Malang nya bila ada yang melompat ke BN dan keputusan memihak

kepada BN kenapa pemimpin PAS tidak bertindak seperti BN. Malah penyokong PAS meneruskan

tunjuk perasaan dan lupa kepada Sabda Nabi SAW yang bermaksud , " Sesungguh nya Allah benci

kepada orang yang keji dan membuat perkara keji dan menjerit jerit di jalanan " ( Riwayat Ibnu

Abi Dunya dari Jabir r.a ) Sepotong Hadis yang diRiwayatkan oleh At Tabrani yang bermaksud ,

"Akan muncul tiga perkara buruk sebagai tanda dekat qiamat, salah satu nya , orang berjuang

dan berjihad secara tunjuk perasaan ( demonstrasi ). Tetapi memandangkan latar belakang

kebanyakan pemimpin PAS sekarang yang berlatarbelakangkan IRC, MISG, Suara Islam semasa

puak puak ini menuntut di luar negara atas tajaan kerajaan, bagi mereka cara tidak penting asalkan

matlamat mereka tercapai. Trend ini jika di biarkan berterusan sudah tentu akan menjadikan

negara ini porak peranda dan rakyat khusus nya gulungan muda perlu melihat kepada apa yang

sedang berlaku di kebanyakan negara Islam kebelakangan ini termasuk lah yang sedang berlaku

di negara Iran yang kebanyakan sepanduk nya menggunakan Bahasa Inggeris walaupun tidak

ramai rakyat negara itu yang mampu bertutur selain dari bahasa Parsi.Kalau lah benar Quraan dan

Hadis menjadi panduan kita, wajib kita mengikuti perintah Allah seperti di dalam Surah Al Anfal

8:46 yang bermaksud , "…. Dan jangan lah kamu sekelian berbantah bantaha ( berbalahan ) yang akan

menyebabkan kamu keciwa dan kehilangan kekuatan. Sabda Nabi SAW yang bermaksud , " Jangan

lah kamu berbantah bantahan sebab orang yang sebelum kamu telah berbantah bantahan, lalu

akibat nya mereka binasa. "

Kesimpulan nya, rakyat yang akan menjadi hakim kepada kemelut politik yang berlaku sekarang , perlu

memikirkan kepentingan ramai mengatasi kepentingan peribadi. Pengalaman menunjukan perpaduan

yang di asaskan bukan atas dasar untuk menegakan kebenaran tidak akan mendapat keberkatan

dari yang Maha Esa seperti Firman Allah di dalam Surah Al Hasyar ayat 14 yang bermaksud , "….

Kamu melihat mereka itu macam bersatu. Tetai sebenar nya hati mereka berpecah belah. " Dan

Ingat lah kepada Sabda Nabi SAW yang bermaksud , " Jangan lah kamu duduk semajlis dan

Bercampur gaul dengan sebarangan ulamak kecuali dengan ulamak yang mengajak dari lima

perkara kepada lima perkara ;

  1. Yang mengajak dari membuang keraguan kepada keyakinan
  2. Yang mengajak dari membuang riak kepada ikhlas
  3. Yang mengajak dari membuang tamak kepada zuhud
  4. Yang mengajak dari membuang takbur ( ego ) kepada tawaduk
  5. Yang mengajak dari membuang permusuhan ( pergaduhan ) kepada nasihat menasihati

    Dan perdamaian ( persaudaraan )

    Riwayat Abu Naim dari Jabir r.a


     

Roslan Mohd Latif
Presiden ALMA

No comments: